Central Bureau of Investigation (CBI) India, memfailkan kes terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, berhubung dakwaan pelanggaran peraturan dalam mendapatkan permit penerbangan antarabangsa, lapor media India.
CBI mendakwa, Fernandes dan yang lain, melobi pegawai India untuk menukar polisi yang mengawal operasi antarabangsa terhadap syarikat penerbangan berpangkalan di India, lapor agensi berita PTI pada Selasa.
Menurut undang-undang India sebelum ini, syarikat penerbangan berpangkalan di India perlu melengkapkan sekurang-kurangnya lima tahun operasi dan memiliki 20 pesawat yang ditugaskan untuk pasaran domestik sebelum terbang ke luar negara.
Ketua Kumpulan AirAsia itu didakwa mempengaruhi pegawai India untuk menyingkirkan peraturan 5/20, lapor PTI yang memetik agensi penyiasatan itu.
Kerajaan India sejak dua tahun lepas, menukar beberapa polisi untuk menarik pelaburan langsung asing dalam sektor penerbangan.
Pada 2016, kerajaan menukar peraturan 5/20, yang tidak memerlukan syarikat penerbangan domestik untuk beroperasi lima tahun sebelum melancarkan perkhidmatan antarabangsa. Bagaimanapun, mereka masih perlu memiliki 20 pesawat untuk pasaran India.
Laporan media India tidak menyatakan secara khusus apakah pelanggaran yang dibuat Fernandes dan yang lain termasuk pemilik Travel Food, Sunil Kapoor; Pengarah AirAsia, R. Venkatraman; perunding penerbangan, Deepak Talwar dan Pengarah syarikat yang berpangkalan di Singapura, SNR Trading, Rejendra Dubey.
AirAsia India, usaha sama antara Tata Sons Ltd dari India dan AirAsia Bhd, memulakan operasi pada Jun 2014.
Dimiliki sebanyak 49 peratus oleh AirAsia Bhd, syarikat penerbangan berpangkalan di India itu memiliki 18 pesawat dan bercadang untuk terbang ke luar negara apabila ia memiliki dua lagi pesawat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
Tony didakwa mempengaruhi pegawai India untuk menyingkirkan peraturan 5/20, lapor PTI yang memetik agensi penyiasatan itu. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.