Tok Batin Ripin Hamid dan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Sebang di sini meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan tanggungjawab berkesan apabila menjaga kebajikan masyarakat itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ripin, 70, berkata pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta agensi kerajaan negeri telah memberikan pelbagai bantuan antaranya barang keperluan harian bagi meringankan beban penduduk kampung itu serta kampung sekitar.
Beliau bersama penduduk kampung menyara keluarga dengan menoreh getah, namun PKP sedikit sebanyak mengekang mereka untuk menoreh serta menjual hasil getah, selain harga getah kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini agak menyukarkan kehidupan harian mereka.
"Tetapi kerajaan tidak biar kita sendiri hadapi ini, banyak yang datang bantu kita. Ada selepas itu tanya saya sebagai Tok Batin apa lagi perlu seperti susu untuk anak-anak juga perlu, itu juga akan diberikan. Kami amat terima kasih kepada kerajaan," katanya yang mempunyai tiga anak itu kepada pemberita, di sini, pada Khamis.
Terdahulu beliau bersama penduduk kampung itu menerima bantuan keperluan Tabung Musa'adah COVID-19 daripada Jakim disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Seorang lagi penduduk kampung itu, Rogayah Anon, 52, berkata bantuan diberikan kerajaan menerusi pelbagai agensi itu terutama barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan susu tepung kanak-kanak itu amat membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan sepertinya.
"Orang bandar tengok barang dalam satu plastik itu nampak biasa atau sikit sahaja, tetapi bagi kami amat besar nilainya. Barang ini saya kumpul dahulu dan jimat gunakan supaya cukup terutama ketika kita hendak puasa tidak lama lagi ini, kita tidak boleh membazir kena gunakan sebaiknya," katanya.
Pendakwah Jakim, Md Sabran Sidek, berkata selain agensi kerajaan persekutuan, agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil berat tentang kebajikan masyarakat Orang Asli dan semua agensi kerajaan sentiasa memastikan masyarakat itu tidak terkesan dengan PKP serta COVID-19.
"Mereka tidak dapat keluar bekerja jadi bantuan ini sedikit sebanyak ringankan beban mereka. MAIM juga memberikan bantuan setiap bulan kepada mereka, JAKOA juga ada memberi kepada mereka, dengan bantuan-bantuan diberikan ini barang keperluan mereka mencukupi," katanya.
Beliau berkata bantuan Jakim hari ini diberikan kepada 44 ketua isi rumah Orang Asli di sini berupa barang keperluan harian bernilai RM50 dan wang tunai RM100.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020

Tok Batin Ripin Ahmad, 72, bersama isteri Heryati Umar, 44, melihat barangan keperluan yang diterima pada Misi Bantuan Tabung Musa'adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Bukit Sebang. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.