Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.
Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.
"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada taklimat media.
"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.
Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.
Bernama
Fri May 17 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRN Melaka: Bertanding dalam keadaan daif, rekod pencapaian jadi kayu ukur - Calon BN Rembia
Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis turut menawarkan enam Aku Janji sendiri dengan meletakkan posisi penyandang kerusi sebagai kelebihan buat dirinya.

PRN Sabah: Empat teras 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' tawan hati pengundi Sabah
Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu, hari ini.

PRN Sabah: Negeri Sabah 'hancur' di bawah Warisan - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah yakin mampu memberikan hala tuju baharu negeri Sabah jika diberi mandat pada 26 September ini.

PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon
Semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk sebuah solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama.

Akhirnya terjawab, Amirudin Menteri Besar Selangor baharu
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 9.45 pagi.

Kerajaan jamin akan ambil langkah turun harga kereta - Mustapa
Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh BN pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta.

BN P.Pinang janji Pusat Kewangan Luar Pesisir
BN Pulau Pinang menawarkan 19 AkuJanji tambahan menerusi manifesto yang bertemakan "Pulau Pinang Yang Unggul".

'Perang manifesto' menjelang PRU-13
'Perang Manifesto' PRU-13 bermula dengan pelancaran 'Akujanji' Barisan Nasional (BN) untuk membalas versi Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan dua bulan lalu.