ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mencadangkan agar program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) 'dihidupkan' kembali sebagai antara usaha untuk mengatasi isu lambakan rumah di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata data di bawah Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) menunjukkan 80 peratus isu 'lambakan' rumah di Johor melibatkan pangsapuri servis.
Sementara itu, baki 20 peratus adalah jenis banglo dan rumah mewah yang terletak sebahagian besar di Johor Bahru serta Iskandar Puteri, katanya.
Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata perkara tersebut akan diutarakan kembali oleh pihaknya kepada menteri baharu yang berkaitan.
"Sebenarnya kalau boleh, kita hendak minta kerajaan pusat untuk hidupkan balik MM2H pasal ia akan menyelesaikan banyak isu rumah-rumah mewah yang berharga lebih RM500,000 ini yang tergendala (jualannya) dua tiga tahun lepas.
"Tetapi saya memang berharap sangat di peringkat kerjaan Persekutuan untuk buka dan tawar kembali MM2H ini kepada pembeli-pembeli luar dari Malaysia," kata beliau kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menyuarakan pendiriannya mengenai MM2H yang dilihat boleh membantu isu lambakan rumah di Johor.
Sementara itu, Mohd Jafni berkata kerajaan komited untuk terus membina lebih 21,000 rumah mampu milik bagi tempoh lima tahun dengan lebih 2,500 unit daripada jumlah itu telahpun siap dan dalam pembinaan tahun ini.
September lepas, bekas Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dipetik sebagai berkata Johor menjadi penyumbang tertinggi kepada lebih 34,000 kediaman siap dibina tidak terjual bernilai RM21.7 bilion yang direkodkan pada separuh pertama tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Mohd Jafni ketika sesi pembentangan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Bernama
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.