Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk meneliti semula Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan selepas tragedi Highland Tower lebih 20 tahun lalu.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha penambahbaikan dapat dilakukan ke atas mana-mana perkara dalam arahan berkenaan.
“Arahan 20 dikeluarkan selepas tragedi Highland Tower lebih 20 tahun dulu. Tragedi itu bukan bencana semulajadi sebab ia ranap dan kita perlu kemaskini Arahan 20 ini,” ujarnya.
Arahan 20 MKN bertujuan menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh, termasuk peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela meliputi peringkat sebelum, semasa serta selepas bencana.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan juga akan melakukan audit risiko bencana bagi setiap negeri seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan profil risiko bencana adalah berbeza dari negeri ke negeri.
“Sebagai contoh, di Pantai Timur adalah lebih kepada taufan, manakala di Pantai Barat Malaysia, adalah ke arah tsunami dan punca bencana dari Indonesia,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mensyuarat bersama NADMA di Ibu Pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau dalam pada itu turut mencadangkan NADMA merancang latihan-latihan dengan pelbagai agensi untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik di peringkat operasi.
“Saya juga meminta NADMA berbincang dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai penyelarasan yang perlu diwujudkan ketika bencana.
"Kita telah meneliti pengajaran banjir besar yang berlaku seperti banjir di Kelantan pada 2014,” ujarnya.
Selain itu katanya, Malaysia juga perlu meningkatkan keupayaan meramal bencana-bencana baharu yang mungkin akan dihadapi negara.
“Kita juga melakukan 'scenario planning' untuk menghadapi kemungkinan yang di luar jangkaan di masa hadapan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata audit risiko akan digerakkan dengan kerjasama agensi lain supaya lebih terancang dan tertumpu kepada keperluan yang jelas.
“Dalam audit ini nanti kita akan lihat balik dokumen-dokumen dan keperluan yang ada dan lihat sejauh mana ia memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Ahmad Jailani berkata, NADMA merancang menubuhkan Sahabat NADMA bagi memudahkan latihan dan kerjasama dengan individu, badan bukan kerajaan dan persatuan bagi membantu dan menyelamat mangsa bencana.
"Ini adalah langkah yang baik selain dapat mewujudkan kos efektif dan akan membantu mempercepatkan usaha menyelamat dan sebagainya," katanya.
Rahimah Abdullah
Fri Jun 08 2018
Dr Wan Azizah dan Ahmad Jailani (kanan) pada sidang media di ibu pejabat NADMA, di Putrajaya hari ini. Astro AWANI / RAHIMAH ABDULLAH
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
AWANI Tonight: TikTok refugees' flock to China’s Rednote before Jan 19 ban
Ahead of TikTok's looming U.S. ban, many American social media users are migrating to the Chinese app Xiaohongshu, which recently topped Apple's U.S. App Store.
Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu
Pelantikan Ahmad Jailani itu berkuat kuasa hari ini, 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun.
Kerajaan kaji keperluan tambah baik arahan pengurusan bencana MKN
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha penambahbaikan dapat dilakukan ke atas mana-mana perkara dalam arahan berkenaan.