Kerajaan kini sedang membuat kajian untuk menetapkan harga lantai (floor price) bagi penjualan produk petroleum di negara ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bagaimanapun, tegas beliau, Kerajaan masih kekal menggunakan kaedah Pengapungan Terkawal dalam penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel pada Februari akan datang.
"Kita (Kerajaan) sedang membuat kajian dahulu (untuk menetapkan) apakah harga terendah yang boleh kita letak.
"Buat masa kini, kita masih lagi menggunakan kaedah Pengapungan Terkawal. Jadi kita ikut perkara (kaedah) yang telah dipersetujui sehingga satu harga yang akan kita fikirkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Ditanya adakah Kerajaan akan membuat pengubahsuaian harga runcit petrol pada pertengahan bulan, jelas Hamzah, penetapan harga baharu akan kekal pada penghujung bulan.
"Kita tidak buat (penetapan harga baharu) di tengah-tengah bulan walaupun harga minyak mentah dunia jatuh merudum. Kita buat penghujung bulan.
"Kita akan buat secara purata, dan akhir bulan kita akan umumkan," katanya.
BACA: Harga minyak jatuh ke bawah USD30 setong. Anda tahu apa kesan kepada Malaysia?
Mengulas berkenaan pengubahsuaian Bajet 2016, Hamzah berkata bukan hanya Kementerian, malah setiap individu serta keluarga juga perlu menyemak semula perbelanjaan mereka.
"Kurangnya pendapatan menyebabkan bajet kita akan diubah suai dalam beberapa perkara. Ia termasuklah kementerian saya.
"Kalau kita (Kerajaan) terpaksa perketatkan perbelanjaan, semua rakyat terpaksa melihat bahawa semua ini sesuatu yang rakyat juga terpaksa buat semakan dari segi bajet individu atau keluarga masing-masing," ujar Hamzah.
Bermula 1 Disember 2014, Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah Pengapungan Terkawal.
Kaedah ini adalah sama dengan pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak 2010.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak 1983.
Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bulan berikutnya.
Ulasan dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jan 20 2016

HAMZAH: Kerajaan kini sedang membuat kajian untuk menetapkan harga lantai bagi penjualan produk petroleum di negara ini. -Gambar fail
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).