Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata pihaknya sedang menimbang kembali perkara itu dan mengkaji semula sekiranya ia akan lebih banyak membantu atau memberikan masalah.
Namun demikian, beliau berkata bahawa suatu pendekatan holistik perlu diambil sebelum membuat keputusan di dalam isu tersebut.
“Kami sedang mengkaji cadangan itu. Saya telah mendengar mengenainya dan keputusan tidak boleh dibuat dalam jangka masa yang pendek.
“Kami akan mengambil kira semua cadangan dan keputusan mungkin akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.
Kamalanathan menegaskan bahawa semua syarat-syarat sedia ada mengenai perkara itu akan dikekalkan buat masa ini.
“Kita masih tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, tetapi kita (kementerian) terima cadangan dan buat keputusan dalam masa terdekat.
“Ada kemungkinan keputusan itu akan menyebabkan beberapa pihak kurang berpuas hati, tetapi kita kena melihat gambaran yang lebih besar,” katanya.
Pada 5 Januari, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, negeri Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain menyarankan agar Kementerian Pendidikan mengkaji semula larangan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana sudah tiba masanya kerajaan membenarkan pelajar berbuat demikian kerana ia menjadi keperluan pada masa kini.
Beliau juga telah mencadangkan hanya telefon bimbit asas perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah.
Sentimen itu turut dikongsi oleh pembaca astroawani.com yang rata-rata berkata sekiranya pelajar dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah, mereka seharusnya membawa telefon bimbit asas tanpa internet.
Namun demikian, pihak ibu-bapa dan guru yang ditemubual oleh astroawani.com pula berpendapat proses pengajaran dan pelajaran boleh terganggu sekiranya murid-murid dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah yang akhirnya akan mengakibatkan penurunan kualiti prestasi pelajar.
T K Letchumy Tamboo
Thu Jan 15 2015
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
63 anggota polis bertugas setiap hari
Seramai 363 anggota polis akan bertugas setiap hari bagi meningkatkan kawalan trafik dan rondaan keselamatan di sekitar ibu negara bermula hari ini hingga 2 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.