PUTRAJAYA: Kerajaan sedang merangka dasar baharu berkaitan pembayaran pampasan kepada pemilik tanaman yang mengalami kerugian akibat tanaman dirosakkan oleh hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bagi merangka dasar itu serta mekanisme pelaksanaan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan.
"Kalau untuk kematian atau kecederaan akibat hidupan liar memang ada sagu hati. Yang jadi isu sekarang ialah kerosakan kepada tanaman yang menimbulkan kemarahan pemilik tanaman hingga menyebabkan mereka ambil tindakan terhadap hidupan liar," katanya sambil menambah perkara itu akan dilihat secara menyeluruh.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan dan Dialog Biodiversiti di sini hari ini, Nik Nazmi berkata perbincangan turut menyentuh mengenai aktiviti pertanian di kawasan berdekatan habitat hidupan liar atau hutan simpan hingga menjadi punca tercetus konflik antara manusia dan haiwan.
"Perbincangan secara menyeluruh penting kerana kita tidak mahu pampasan diberi kepada pihak tidak berkenaan contohnya mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian berdekatan kawasan hutan simpan," katanya.
Pada 2004, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas yang bertujuan meringankan tanggungan kos rawatan mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat dengan kadar bayaran minimum RM200 atau maksimum RM10,000 sekiranya melibatkan kematian.
Terdahulu ketika sesi Dialog Biodiversiti itu, Nik Nazmi menyuarakan kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertindak secara proaktif terhadap konflik manusia dan hidupan liar.
"Konflik seumpama ini bukan sahaja mendatangkan kecederaan malah boleh meragut nyawa," katanya pada sesi dialog yang turut disertai Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Nik Nazmi berkata perbincangan turut menyentuh mengenai aktiviti pertanian di kawasan berdekatan habitat hidupan liar atau hutan simpan hingga menjadi punca tercetus konflik antara manusia dan haiwan. - Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Tuduhan Khairy terhadap PTD tidak berasas - PPTD
"Tuduhan bahawa PTD gagal memahami cabaran sektor kesihatan bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak mencerminkan realiti sebenar."

PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.

Statistik pacu dasar perkhidmatan terbaik rakyat
Menurut Nazaria, statistik nasional memainkan peranan kritikal dalam perancangan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.

Komuniti MADANI berperanan sampaikan maklumat, salur maklum balas rakyat - Fahmi
Komuniti MADANI di negara ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat terutama mengenai dasar kerajaan kepada rakyat.

Sekatan Amerika: Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral - Fahmi
Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tindakan sekatan yang bersifat unilateral yang tidak menggunapakai mekanisma digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.

PM Thailand janji ketelusan dalam pelaksanaan skim e-Dompet Digital
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menegaskan bahawa pelaksanaan skim Dompet Digital akan telus, bebas daripada rasuah dan penipuan demi kepentingan negara dan rakyat.

Terdapat keperluan tubuh jawatankuasa kaji rang undang-undang baharu - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata terdapat undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan hingga kini yang tidak selari dengan kehendak Perlembagaan dan menyifatkan undang-undang itu tidak berkesan.

Kejelasan dasar kerajaan bantu tarik pelaburan, kukuhkan nilai ringgit - PM Anwar
Prestasi ringgit pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran seperti pengukuhan dolar AS yang mendadak berikutan kadar faedah AS yang lebih tinggi.