KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membuat kajian terperinci dalam usaha mengurangkan risiko tanah runtuh di Cameron Highlands dan Simpang Pulai.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek penambahbaikan kedua-dua kawasan itu juga akan masuk dalam senarai keutamaan untuk tahun 2022.
Menurut beliau, konsesi sudah memasuki ke dua kawasan itu untuk kerja-kerja kecemasan dan buat masa ini, laluan ke Cameron Highlands sudah dibuka untuk kegunaan orang awam.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Hujan berterusan punca runtuhan - JKR
BACA: Sistem amaran awal tanah runtuh akan ditambah - Takiyuddin
“Berkaitan insiden tanah runtuh di Simpang Pulai, Kementerian Kerja Raya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh dan kerja-kerja kecemasan juga sedang giat dijalankan pihak konsesi.
“Kajian untuk mereka bentuk yang baharu sendang dibuat untuk menguatkan struktur cerun untuk mengurangkan risiko pada masa akan datang, kedua-dua projek ini akan masuk dalam senarai keutamaan untuk tahun 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menambah bilangan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh.
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan dalam masa sama juga akan menjalankan kempen kepada penduduk di kawasan berisiko supaya penduduk peka dengan kejadian tersebut.
Setakat ini, Takiyuddin berkata, sistem seumpama itu telah ditempatkan di beberapa negeri seperti Sabah, Kedah dan kawasan yang mempunyai tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang.
Sehubungan itu, beliau berharap pemasangan sistem amaran awal itu dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Ridauddin Daud
Tue Dec 07 2021
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, projek penambahbaikan kedua-dua kawasan itu juga akan masuk dalam senarai keutamaan untuk tahun 2022. - Foto JAPEN Malaysia
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.