Kerajaan sedang mempertimbang mewujudkan Rang Undang-Undang berkaitan Suruhanjaya Keharmornian dan Rekonsiliasi Nasional bagi menangani isu sentimen perkauman, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.
Mohamed Hanipa berkata pada masa ini beberapa pindaan terhadap draf yang disediakan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) itu sedang diusahakan dengan mengambil kira kewujudan lain-lain model suruhanjaya serta skop bidang kuasa daripada beberapa negara luar.
Beliau berkata selain itu satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi meneliti penubuhan suruhanjaya bebas itu, sama ada cadangan tersebut bertindih dengan peruntukan undang-undang sedia ada sebelum mengemukakan syor kepada kerajaan untuk penubuhannya.
"Saya yakin pihak pembangkang juga akan dikonsultasikan dalam perkara ini," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2020 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA: 'Suhu panas' berkaitan isu 3R harus diredakan - Muhyiddin
BACA: Jangan guna unsur perkauman, sentimen agama semasa berkempen - SPR
Sementara itu, beliau berkata kerajaan tidak menetapkan sebarang kuota agama, kaum, etnik atau negeri tertentu dalam pelantikan anggota ke perkhidmatan awam, sebaliknya dilaksanakan berasaskan merit dan kompetensi seseorang calon itu.
Mohamed Hanipa berkata semua warga Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan memasuki perkhidmatan awam dalam persaingan yang terbuka dan adil.
Beliau berkata statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dari 2014 hingga 2018 mendapati kaum Melayu paling ramai berminat dan mendaftar dengan SPA untuk bekerja dalam perkhidmatan awam iaitu sebanyak 79.45 peratus diikuti Bumiputera Sabah (7.7 peratus), Bumiputera Sarawak (5.5 peratus), India (3.3) peratus dan kaum Cina (1.7) dan Orang Asli (0.24 peratus).
SPA juga berpandangan kaedah pengambilan berdasarkan merit yang diamalkan pada masa ini memang mampu memberi peluang yang adil kepada semua calon tanpa mengira agama, etnik, kaum atau negeri tertentu di samping dapat memastikan calon berkualiti sahaja dilantik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 29 2019
![Kerajaan kaji wujud RUU Suruhanjaya Keharmonian Kerajaan kaji wujud RUU Suruhanjaya Keharmonian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439513517_HANIPAMAIDIN.jpg)
Mohamed Hanipa berkata semua warga Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan memasuki perkhidmatan awam dalam persaingan yang terbuka dan adil. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41596086276_TBKhairyJamaluddin.jpg)
PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
![Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604652138_TBBelanjawan.jpg)
Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
![CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51588198375_PresidenCUEPACSyan.jpg)
CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.
![PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588850387_TengkuZafrul.jpg)
PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
![Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578902102_TBNGO.jpg)
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
![E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579090782_ProgrameTunai.jpg)
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
![Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579296073_TBMujahidYusofRawa.jpg)
Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.
![Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579277084_LimGuanEng.jpg)
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
![15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng 15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578972132_limguaneng.jpg)
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
![Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71577687550_TBLIFT.jpg)
Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.