KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM276 juta oleh kerajaan pusat bagi membina enam kemudahan sukan di negeri ini untuk persediaan sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada 2028.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata kemudahan itu melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau dan Pusat Akuatik Madinah Al-Salam, Tunjong, di sini.
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM164.35 juta bagi kos pengambilan tanah, kerja-kerja awalan tanah dan penyediaan infrastruktur Kompleks Sukan Bukit Merbau serta Pusat Akuatik.
"Projek pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau adalah salah satu komponen utama dalam permohonan kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Kerajaan Negeri Kelantan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM276 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan kemudahan sukan di Kelantan untuk persiapan penganjuran Sukma.
Mengulas lanjut, Zamakhshari berkata pembangunaan Madinah Al-Riadhah seluas 64.15 hektar melibatkan 10 pembangunan utama merangkumi stadium utama, lapang sasar, arena tertutup, stadium hoki, padang bola sintetik dan lain-lain.
"Sebagai melengkapi pembangunan prasarana sukan sebuah tapak sekolah sukan seluas 7.2 hektar disediakan bagi mengoptimumkan penggunaan kemudahan sukan selain melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa.
Ketika ini sebanyak RM18.15 juta dibelanjakan kerajaan negeri bagi tujuan pengambilan balik tanah untuk mencukupkan tapak pembangunan keseluruhan sebagaimana perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan RM62 juta bagi kerja tanah dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan jalan masuk serta tapak enam venue sukan, selain RM53 juta bagi tujuan pembinaan infrastruktur Madinah Al-Riadhah Bukit Merbau yang kini berada di peringkat akhir penyelarasan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Sebuah Pusat Akuatik, Tunjong bernilai RM25 juta telah diluluskan dan kerja tanah bernilai RM7.7 juta diperuntukkan, selain sebuah trek basikal lasak di Bukit Bakar, Machang dibangunkan melibatkan kos pembangunan RM1.7 juta.
Sebuah dewan badminton bernilai RM11 juta turut akan dibina di Madinah Al-Salam, Tunjong selain beberapa perancangan lain di lokasi yang sama," katanya.
Katanya pembangunan berkenaan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2026 sebagai persiapan menganjurkan Sukma di Kelantan buat julung kali pada pertengahan 2028 nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Zamakhshari Muhamad berkata kemudahan itu melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau dan Pusat Akuatik Madinah Al-Salam, Tunjong. - Facebook Zamakhshari Muhamad

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.