SHAH ALAM: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat (Solar@PETRA) dan Program Solar BOLEH! di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.
Ini sejajar dengan Perjanjian Paris di mana Malaysia ingin memberikan komitmen untuk bersama-sama masyarakat dunia dalam mengurangkan jejak karbon di dalam negara dan seterusnya mencapai status gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk memperluas serta meningkatkan pemasangan sistem solar PV dalam kalangan pengguna domestik melalui program dan skim khusus yang dirangka sebagai pemangkin untuk meningkatkan capaian.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya bertekad untuk terus melaksanakan semua usaha dan inisiatif yang dirancang dan dikenal pasti ke arah mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik.
“Inisiatif Solar@PETRA dan Program Solar BOLEH! telah dirangka secara khusus untuk meluaskan akses rakyat kepada skim pemasangan solar di premis kediaman.
“Ia turut akan menjadi inisiatif penaung kepada program atau skim solar yang dikhususkan untuk rakyat termasuk Program Solar BOLEH!,” ujarnya lagi.
Program Solar BOLEH! merupakan satu usaha sama antara PETRA, AEON Group, SOLS Energy dan Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menyediakan pelbagai pilihan dan memudahkan lagi capaian rakyat kepada skim pemasangan sistem solar PV yang ditawarkan di pasaran.
Solar BOLEH! ini juga merupakan tambahan kepada program rebat solar yang diperkenalkan Kerajaan pada awal bulan April 2024, iaitu Skim Insentif Solar Rakyat atau Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) yang sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tambahnya lagi, pihaknya juga terbuka untuk mengembangkan program terbabit pada masa hadapan.
“Kalau minggu lepas, apa yang saya lancarkan adalah di hospital (seperti) Prince Court dan semua hospital itu akan dipasang solar panel di bumbung, jadi saya mengharapkan lebih ramai yang akan datang ke hadapan untuk bekerjasama dengan kita dan (PETRA) akan menyokong dan bantu,” ujarnya.
Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan program Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS), bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) oleh pengguna domestik.
Program tersebut menggalakkan hospital kerajaan untuk turut memasangnya bukan sahaja kepada fasiliti kesihatan swasta.
“Saya memberikan komitmen bahawa PETRA akan meneruskan usaha untuk merangka lebih banyak program khusus bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak manfaat daripada penerapan teknologi solar untuk penjanaan bekalan elektrik melalui pemasangan sistem solar PV di premis kediaman,” jelasnya lagi.
Pia Ernadya
Mon May 06 2024
![Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714975697_tbFadilllahYusofi.jpg)
Pelancaran program Solar BOLEH! hari ini merupakan satu usaha sama antara PETRA, AEON Group, SOLS Energy dan Bank Simpanan Nasional (BSN). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736681987_AkmalNasrullah.jpg)
PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.
![Potensi bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik - Fadillah Potensi bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724948122_TBFadillahYusof.jpg)
Potensi bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik - Fadillah
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata potensi untuk bekalan tenaga hijau di Pulau Pinang amat baik khususnya di Stesen Janakuasa Gelugor (SJG) di sini yang te
![Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714975697_tbFadilllahYusofi.jpg)
Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.
![Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679376522_electric.jpg)
Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST
84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan cukai perkhidmatan atau SST.
![KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707363377_TBlogojpg.jpg)
KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)
Nama kementerian itu diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, seperti yang dicadangkan Datuk Seri Fadillah Yusof.