TANAH MERAH: Kerajaan terus komited dalam mengurangkan kebergantungan sumber bekalan makanan yang diimport bagi memastikan ia seimbang dengan pengeluaran atau eksport negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha itu akan dilakukan secara berterusan selari dengan objektif Dasar Agromakanan Negara 2021-2023 (DAN 2.0), iaitu meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pengeluar makanan.
"Alhamdulillah, bekalan telur di negara kita makin pulih cuma bekalan beras kita perlu berusaha mengatasinya sekiranya negara pengeksport beras seperti India dan Vietnam mengurangkan kadar eksport untuk menampung keperluan makanan rakyat di negara mereka.
"Sebab itu, kerajaan menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebanyak RM3 bilion bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun berskala besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Projek Kelompok Tanaman Jagung di Kampung Paloh, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan Norbahani Zakaria.
Mengenai program tersebut, Mohamad berkata projek tanaman jagung di Kampung Paloh yang berkeluasan 32 hektar telah bermula pada 2007 melalui penubuhan koperasi yang turut melibatkan tanaman lain seperti kacang panjang, labu dan pelbagai jenis ubi.
"Projek kelompok ini mendapat bimbingan sepenuhnya daripada Jabatan Pertanian negeri dan menerima peruntukan berjumlah RM201,245 sejak 2014 meliputi insentif penyediaan kawasan, sistem pengairan dan input pertanian.
"Selain itu, Jabatan Pertanian turut melaksanakan pemantauan termasuk dari segi khidmat nasihat berkaitan penyakit dan perosak," katanya.
Sementara itu, penanam jagung Noraini Mat Nor, 54, berkata langkah kerajaan mengurangkan kebergantungan import bekalan makanan wajar dilakukan untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.
"Saya bersyukur dengan usaha dilakukan kerajaan kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama golongan muda dengan menceburkan diri dalam bidang pertanian seperti tanaman jagung dan tembikai," katanya.
Pesawah, Rosli Abd Ghani, 62, pula berkata kerajaan juga perlu memberi tumpuan dalam memastikan sistem pengairan dan kemudahan infrastruktur di kawasan sawah di seluruh negara sentiasa ditambah baik dan diselenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tiga, kanan) menyerahkan benih jagung kepada Ketua Projek Jagung Berkelompok Kampung Paloh Mat Zin Harun sempena Majlis Projek Kelompok Tanaman Jagung, hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
Inisiatif itu bertujuan memastikan perjalanan udara kekal mampu milik dan dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Kerajaan komited kurangkan kebergantungan sumber bekalan makanan import
Kerajaan terus komited dalam mengurangkan kebergantungan sumber bekalan makanan yang diimport bagi memastikan ia seimbang dengan pengeluaran atau eksport negara.