Kerajaan melalui agensi agama komited dalam usaha menerapkan nilai-nilai al-Quran dalam pentadbiran negara.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata usaha melahirkan sebuah negara rahmah yang didiami ummah sejahtera dan bertamadun mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1441H/2020M peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, Jumaat malam.
"Anggota masyarakat bertamadun akan menghayati semangat tolong-menolong dan bantu-membantu untuk mencapai kebaikan bersama," katanya.
Mujahid berkata masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.
Menurutnya tindakan kekerasan tidak meninggalkan kesan positif dalam usaha melebarkan risalah dakwah.
Justeru, beliau berkata jurang perbezaan yang wujud dari kepelbagaian bangsa dan latar belakang budaya perlu ditangani secara berhikmah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020

MUJAHID: Anggota masyarakat bertamadun akan menghayati semangat tolong-menolong dan bantu-membantu untuk mencapai kebaikan bersama. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Agensi agama, tokoh Islam perlu beri input dalam RMK, belanjawan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu.

Idris pastikan 14 agensi agama capai objektif Keluarga Malaysia
Satu pertemuan akan diadakan bersama ketua-ketua agensi petang ini bagi membincangkan kerjasama dalam memenuhi aspirasi konsep Keluarga Malaysia.

Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran negara - Mujahid
Mujahid berkata masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.