Pembangunan pesat sekolah Tamil di seluruh negara bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti pendidikan sekolah berkenaan berada pada tahap tertinggi, sekali gus mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan tersebut.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sokongan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik dan meningkatkan mutu penyampaian pendidikan sekolah tersebut.
"Dahulu masyarakat golongan pertengahan selalu mengabaikan sekolah Tamil. Mereka menganggap mutu pendidikan sekolah Tamil rendah dan tidak berkualiti.
"Kini dengan pembinaan lebih banyak sekolah Tamil terutamanya di kawasan penempatan golongan pertengahan, ia akan meningkatkan keyakinan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap mutu pendidikan sekolah Tamil," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Mahkota Cheras di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S. K. Devamany.
Dr Subramaniam berkata sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang, termasuk mengurangkan tahap keciciran dalam kalangan pelajar dan mengajak semua pihak bekerjasama menjadikan sekolah itu sebagai sekolah pilihan untuk ibu bapa.
Selain itu, beliau ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa SJKT Bandar Mahkota Cheras yang dijangka siap dibina pada suku ketiga tahun depan akan menjadi sekolah Tamil yang ke-99 di Selangor dan ke-527 di Malaysia.
SJKT Bandar Mahkota Cheras itu dibina bagi menempatkan pelajar di kawasan berdekatan, yang kini terpaksa menghadiri sesi persekolahan di SJKT Kajang dan SJKT Serdang, katanya yang juga Menteri Kesihatan.
Dibina dengan kos keseluruhan RM21.08 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di atas tanah seluas 6.2 ekar, sekolah berkenaan mampu menempatkan antara 800-900 murid setelah siap dibina.
Perdana Menteri pada 22 Jan 2012 mengumumkan kesediaan kerajaan untuk membina enam SJKT baharu di Malaysia iaitu SJKT Taman Keladi di Sungai Petani, SJKT Heawood di Sungai Siput, SJKT Taman Sentosa di Klang, SJKT Taman PJS1 di Petaling Jaya, SJKT Bandar Mahkota Cheras dan SJKT Bandar Seri Alam di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2017

SUBRAMANIAM: Sokongan yang diberikan Datuk Seri Najib membolehkan pembangunan sistem pendidikan sekolah Tamil dirangka secara lebih holistik.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Hampir 60 peratus anjing di Sarawak pembawa virus rabies
Sebanyak 50 hingga 60 peratus anjing yang berada di kawasan wabak rabies di Sarawak disyaki berpotensi membawa virus tersebut.

Bekalan ubat antibiotik mencukupi - Subramaniam
Bekalan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan negara ini adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan.

MIC ketengah lebih ramai calon muda pada PRU14 - Dr Subramaniam
MIC akan mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Kerajaan komited tingkat pendidikan sekolah Tamil
Sekolah Tamil juga perlu memberikan tumpuan terhadap pencapaian dalam pelbagai bidang.

Laporan bedah siasat Thaqif Amin belum diperoleh - Subramaniam
Setelah laporan bedah siasat berkenaan diperoleh barulah kementerian boleh menjelaskan punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Kementerian usul suruhanjaya bebas siasat tragedi HSA
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam usul berkenaan mencadangkan agar satu suruhanjaya siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang mengorbankan 6 nyawa semalam.

Subramaniam: Gaji minimum manifesto Pakatan Rakyat berisiko
Manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan akan memberi risiko tinggi terhadap daya saing Malaysia.

Subramaniam: Bayaran yuran amah perlu munasabah
Bayaran yuran kepada agensi pembantu rumah tidak boleh terlalu mahal, dan perlu ditetapkan pada kadar yang lebih munasabah.