MELAKA: Kerajaan akan mengkoordinasi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir terutama di Johor dan Pahang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau akan meminta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk ke kawasan masyarakat itu yang terjejas bencana berkenaan untuk membuat penilaian.
"Untuk JAKOA, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah (untuk membuat penilaian).
"Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan... saya akan koordinasikan dengan JAKOA," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini, malam tadi.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan setakat ini masih belum mempunyai jumlah tepat dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan banjir.
"Setakat ini tidak dapat jumlah rasmi (tapi) kami akan selaraskan bantuan untuk mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Keadaan di jalan utama Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kahang di Kluang yang ditenggelami air susulan kejadian banjir pada 7 Mac 2023 lalu. - Gambar fail/BERNAMA
3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara
Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin.
Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.
Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Kerajaan koordinasi bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir
Ketua Pengarah JAKOA akan diminta untuk ke kawasan masyarakat Orang Asli yang terjejas bencana banjir untuk membuat penilaian.