KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh perjanjian konsesi dengan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd selama 12 tahun lagi iaitu sehingga 31 Disember 2034.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perjanjian yang dijadual berakhir 31 Mac 2022 itu dilanjutkan berdasarkan prestasi cemerlang IWK dalam menguruskan aset-aset utama sistem pembetungan di negara ini yang melibatkan lebih 7,000 loji rawatan kumbahan serta menyelenggara paip pembetungan sepanjang 22 ribu kilometer.
Beliau berkata, IWK turut diminta untuk menyelenggara kira-kira 1.3 juta tangki septik individu serta lebih 800 ribu tangki tandas tradisional dan jumlah aset berkenaan meningkat hampir sepuluh kali ganda berbanding konsesi awal yang dimeterai pada tahun 1990-an.
"Cabaran utama IWK adalah memastikan semua aset pembetungan beroperasi secara optimum dan pada masa yang sama perlu sentiasa menaik taraf sistem dan aset dengan kos yang efisien, teknologi yang efektif dan piawaian yang baharu," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu secara maya hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata sejak IWK mula beroperasi pada 1993, tarif perkhidmatan pembetungan kepada pengguna masih kekal sama dan tidak pernah disemak semula.
Beliau berkata secara realiti, purata kos penyelenggaraan sistem pembetungan bagi setiap premis bersambung adalah kira-kira RM17 sebulan berbanding tarif semasa iaitu antara RM2 hingga RM8 sebulan.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan, semakan tarif perkhidmatan pembetungan wajar dipertimbangkan secara teliti bagi mengimbangi kos penyelenggaraan aset yang telah lama, peningkatan tarif elektrik dan kemunculan ancaman baharu jenayah alam sekitar yang lebih rencam.
"Oleh itu, IWK memerlukan sumber kewangan stabil melalui pelan operasi perniagaan mampan di samping bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Kelestarian sumber air dan kesihatan awam sangat bergantung kepada keupayaan kewangan IWK dalam melaksanakan tanggungjawabnya," katanya.
Tuan Ibrahim berkata selain pelanjutan tempoh konsesi, perjanjian tambahan yang akan ditandatangani ini turut merangkumi pelaksanaan aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif oleh IWK.
"Contohnya, penghasilan air pulih guna daripada bi-produk pembetungan agar dapat dibekalkan kepada industri sebagai sumber air alternatif.
"Pindaan perjanjian konsesi membolehkan IWK meneroka pelbagai potensi perniagaan lain berkaitan perkhidmatan pembetungan seperti penggunaan baja bagi tumbuhan bukan makanan dan pajakan kecil tanah pembetungan untuk sewaan kepada menara telekomunikasi, penghasilan tenaga solar atau kabel fiber optik," katanya.
Beliau optimis pelaksanaan alternatif aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif dan cadangan penetapan semula caj pembetungan memberi ruang lebih terbuka kepada IWK untuk tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan tetapi masih berupaya memastikan sistem pembetungan awam terus baik dan cekap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

Cabaran utama IWK adalah memastikan semua aset pembetungan beroperasi secara optimum dan pada masa yang sama perlu sentiasa menaik taraf sistem dan aset. - IWK

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

M'sia sasar liputan 98 peratus air bersih, 87.5 peratus pembetungan di luar bandar pada 2025
Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan 87.5 peratus liputan pembetungan bagi kawasan luar bandar menjelang 2025.

Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Disember 2034
Perjanjian itu dilanjutkan berdasarkan prestasi cemerlang IWK dalam menguruskan aset-aset utama sistem pembetungan.

Terengganu negeri pertama laksana pengebilan Bil Air Bersepadu
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berkata pengebilan bersepadu itu akan bermula pada 1 Jan dengan bil bersepadu pertama akan dikeluarkan pada Mac.

Pembaikan cerun: Selepas 25 tahun, PUSB intai prospek luar negara
PUSB bersedia menyahut saranan kerajaan menerokai pasaran bebas termasuk ke Asia Tenggara dan menjadikan Kongres Jalan Raya Dunia di Abu Dhabi sebagai platform pemasarannya.

Masalah pembetungan di sekitar kawasan Likas diselesai dalam tempoh tiga bulan
Kawasan stesen pam di sekitar Likas dilihat mempunyai beberapa masalah dari aspek pembetungan dan inisiatif untuk memperbaiki sedang dibuat.