KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi projek Rolling Plan 4 (RP4) di bawah Kementerian Pendidikan untuk Terengganu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata peruntukan itu adalah bagi pelaksanaan 83 projek termasuk 26 projek baharu dan 57 projek sambungan.
"Bagi daerah Kuala Terengganu, sebanyak tujuh projek baharu yang bernilai RM35 juta telah diluluskan manakala tujuh projek sambungan bernilai RM80 juta sedang berjalan.
"Ia membawa jumlah keseluruhan projek kepada RM115 juta bagi kos keseluruhan," katanya semasa lawatan kerja dan Majlis Peluncuran Peneraju Transformasi Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Pada majlis itu, Telekom Malaysia menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM30,000 kepada 100 pelajar asnaf SMK Sultan Sulaiman.
Mohd Zuki turut mengalu-alukan penglibatan lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan dalam membangunkan ekosistem pembelajaran berteraskan teknologi dan berkata sumbangan itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan terutama dari aspek infrastruktur pembelajaran berteknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
![Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4 Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709986876_ZukiAli.jpg)
Mohd Zuki (depan dua, kanan) bersalaman bersama guru-guru semasa melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini. - Gambar Bernama
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4 TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660753025_TenagaNasionalBhd.jpg)
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
![Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4 Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709986876_ZukiAli.jpg)
Kerajaan lulus RM1 bilion untuk pendidikan Terengganu di bawah RP4
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi projek Rolling Plan 4 (RP4) di bawah Kementerian Pendidikan untuk Terengganu.
![564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini 564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708440285_ShahAlam.jpg)
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.