KUALA TERENGGANU: Kerajaan meluluskan peruntukan RM1.7 bilion bagi projek melebarkan Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya pada musim perayaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata, selain melebarkan jalan, projek itu juga membabitkan pembinaan sebuah lagi terowong baharu.
Katanya pembinaan projek berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada Julai ini dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Kita tahu trafik sangat berat ke Pantai Timur, lebih kurang dua juta pengunjung (kenderaan)... maknanya kalau empat orang satu kereta... dah berapa dari dua juta tersebut nak balik Terengganu dan Kelantan.
"Dan apa yang kita laksanakan... kita baru lulus RM1.7 bilion kewangan... (projek) nak melebarkan semula highway Karak daripada lorong yang ada... menambahkan lorong dan bermula pada julai ini... dan kita akan tambah satu terowong," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu pada Ahad.
Abdul Rahman percaya projek pelebaran serta penambahan terowong itu dapat mengurangkan beban pengguna yang terpaksa berdepan kesesakan di lebuh raya berkenaan selepas ini.
Jelasnya lagi, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat pada masa hadapan.
Astro Awani
Sun May 28 2023

Projek pelebaran jalan dan pembinaan terowong berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada Julai ini dan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan. - Gambar fail

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Konflik gajah-manusia di Felda Umas membimbangkan
Konflik manusia dan gajah di kawasan Felda Umas Kalabakan tidak berkesudahan walaupun pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan pihak berwajib

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.

Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.

KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan sebanyak RM55.97 juta melibatkan 30 Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan untuk jalan Persekutuan di Kulim, Kedah dan Sandakan, Sabah.

JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.

Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.

KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pusat latihan TVET pembinaan.