Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI melaksanakan program secara adil tanpa mengira negeri atau kaum, dengan Sabah dan Sarawak menerima peruntukan terbesar untuk pembangunan luar bandar.
- Permukiman KKDW 2025 menetapkan 42 program baharu sebagai "game changer" untuk memperkukuh ekosistem KKDW, dengan fokus pada modal insan, usahawan, ekonomi, dan reformasi birokrasi.
- Rumusan permukiman akan dibawa ke Permukiman Jemaah Menteri pada Februari 2025, melibatkan komitmen tinggi semua pihak dalam KKDW dan agensi berkaitan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sebagai contoh empat negeri pembangkang menerima peruntukan lebih besar daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berbanding negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan MADANI.
"Ertinya program yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) (inginkan) untuk memberikan kesamarataan itu, kita terjemahkan melalui KKDW dan lain-lain kementerian, yang penting ialah keperluan rakyat wajib dipenuhi dan kita buta warna dalam pelaksanaan program-program yang kita lakukan ini.
"Apabila kita bercakap mengenai luar bandar, kita tidak hanya bercakap tentang orang Melayu, (tetapi) kita bercakap tentang Sabah dan Sarawak, bagaimana peruntukan yang terbesar untuk KKDW ini adalah untuk pembangunan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, dengan Sabah menerima peruntukan terbesar, diikuti Sarawak," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Permukiman KKDW 2025, dekat sini hari ini.
Meriujuk kepada permukiman yang berakhir ini, Ahmad Zahid berkata ia menyaksikan pembentangan rumusan pencapaian 62 program utama KKDW tahun 2024 selain menetapkan game changer bagi 2025.
Beliau juga yakin pemukiman yang berlangsung sejak Jumaat itu telah menghasilkan idea-idea bernas untuk mentransformasi serta memperkukuh ekosistem KKDW.
Ahmad Zahid berkata beliau akan membawa rumusan daripada sesi permukiman tersebut ke Permukiman Jemaah Menteri pada 15 dan 16 Februari 2025 nanti.
"Saya betul-betul gembira kerana bukan hanya semua ketua-ketua jabatan sangat komited untuk melaksanakannya tetapi ia juga melibatkan semua wakil lembaga-lembaga kemajuan wilayah dan juga pegawai-pegawai, pengarah-pengarah KKDW di peringkat negeri," katanya.
Seramai 140 peserta terlibat dalam permukiman berkenaan yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai kanan kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKDW selain disertai agensi di bawah portfolio dan seliaan Timbalan Perdana Menteri iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis TVET Negara (MTVET) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Permukiman KKDW 2025 menggariskan empat fokus utama iaitu modal insan, usahawan, ekonomi dan reformasi birokrasi dengan 42 program telah dikenal pasti sebagai game changer.
-- BERNAMA