PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengkaji semua sistem percukaian termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia wajar dilaksanakan semula, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata sebanyak 175 negara telah memperkenalkan GST, kerana salah satu sebab ialah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kerana tanpa GST maka hasil agak rendah.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Raya anjuran Kelab Media Putrajaya di sini hari ini, Tengku Zafrul berkata proses melaksanakan semula GST mengambil masa yang lama, kerana undang-undang GST sebelum ini telah dimansuhkan.
"Kalau kajian menunjukkan GST faedah adalah jelas, kita akan bawa ke Kabinet. Keputusan muktamad bukan pada kerajaan tetapi Parlimen," katanya.
Tengku Zafrul berkata pelaksanaan semula GST paling cepat adalah lebih kurang sembilan bulan selepas ia diluluskan oleh Parlimen.
GST pada kadar enam peratus telah diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan pada 2018 dan keputusan pemansuhan GST itu adalah keputusan kerajaan ketika itu.
Beliau berkata kajian sekarang adalah di peringkat libat urus, kerana salah satu isu adalah sama ada kadar 3-4 peratus atau 7-8 peratus, selain melihat alternatif untuk memperbaiki Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, kerana ia mempunyai 'inefficient' yang menyebabkan banyak negara beralih kepada sistem GST.
Ditanya kadar GST yang bersesuaian, Tengku Zafrul berkata apa jua kadarnya, kutipan itu mestilah lebih tinggi daripada apa yang didapati hari ini.
Katanya ada negara yang mengenakan kadar yang tinggi kerana membuat pengecualian yang banyak, contohnya Arab Saudi yang mengenakan 15 peratus kerana hasil pendapatan tinggi dengan harga minyak.
"Kena ada kajian untuk kadar yang adil untuk kutip hasil untuk pembangunan negara, pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dan peniaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Kerajaan masih mengkaji semua sistem percukaian termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia wajar dilaksanakan semula. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

Kajian beras MyCC dapati tiada elemen bertentangan undang-undang persaingan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara
LHDN hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

Pakar ekonomi gesa laksanakan pembaharuan sistem percukaian Malaysia
Nungsari berkata, sistem percukaian negara mesti melalui pembaharuan untuk memberikan daya apungan yang lebih besar kepada hasil kerajaan.

Malaysia perlu kaji semula sistem cukai sedia ada - Bekas Gabenor
Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor BNM Malaysia Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Malaysia setuju laksana cukai minimum global untuk syarikat multinasional
Malaysia adalah antara 136 negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu.

GST1.0: Harga naik kerana peniaga lambat terima bayaran balik - Industries Unite
Peniaga terpaksa menanggung kos kerugian yang tidak sepatutnya berlaku jika pembayaran semula dibuat dengan cekap.

Kerajaan masih kaji semua sistem percukaian termasuk GST
Kerajaan masih mengkaji semua sistem percukaian termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia wajar dilaksanakan semula, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.

Langkah ketat untuk syarikat dalam Belanjawan 2019 - PWC
Ketua Cukai PricewaterhouseCoopers Malaysia Jagdev Singh berkata kerajaan mendengar permintaan menjadikan sistem percukaian lebih mesra perniagaan.

Kerajaan cadang perkenal sistem percukaian baharu - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sistem cukai itu juga akan membantu kerajaan dalam melunaskan hutang sedia ada yang berjumlah lebih RM1 trilion.