KLUANG:Kerajaan akan memeterai perjanjian pembelian vaksin COVID-19 dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca dari United Kingdom pada Isnin ini bagi memenuhi keperluan imunisasi 20 peratus rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia merupakan perjanjian ketiga selepas COVAX dan Pfizer yang dimeterai akhir bulan lalu, masing-masing bagi 10 dan 20 peratus rakyat Malaysia.
"Keseluruhannya, kita (Malaysia) akan dapat membeli vaksin bagi keperluan 50 peratus rakyat daripada syarikat pembekal untuk keperluan rakyat negara ini.
"Kita akan cuba mendapatkan kesemua bekalan vaksin ini pada suku pertama tahun depan," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian selepas majlis simbolik penyerahan sumbangan 'Aerosol Intubation Box' oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) di Simpang Renggam dekat sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Dr Adham berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu menambah sebanyak 20 peratus lagi pemerolehan vaksin bagi memenuhi keperluan sehingga 70 peratus rakyat Malaysia.
Beliau berkata usaha akan dilakukan bagi menarik syarikat pengeluar vaksin dunia untuk membekalkannya kepada Malaysia.
"Yang penting, syarikat mana yang beri akses cepat kepada vaksinnya dan ia mesti selamat, berkesan serta berkualiti. Mesti ada berkelulusan dari negara pengeluar sendiri dan perlu mendapat kelulusan daripada bahagian Regulotari Farmasi Negara (NPRA) KKM.
"Sekiranya ini selesai, maka kita boleh vaksinkan masyarakat dengan yang pertama sekali ialah dalam kalangan petugas barisan hadapan pada awal 2021," katanya.
Media hari ini melaporkan bahawa kumpulan pertama vaksin itu akan diperoleh pada Februari 2021 dengan bekalan akan diterima secara berterusan sehingga akhir 2021.
Pada 24 Nov lepas, Malaysia mengumumkan bahawa akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.
Astro Awani
Sat Dec 19 2020

Dr Adham Baba berkata ia merupakan perjanjian ketiga selepas perjanjian dengan COVAX bagi pembelian 10 peratus vaksin dan syarikat Pfizer (20 peratus) akhir bulan lepas.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.