BATU PAHAT: Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia sekali gus akan mengurangkan kebergantungan golongan berkenaan termasuk para graduan yang terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki.
Beliau berkata pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk teknologi.
"Perkara yang paling merisaukan kami (kerajaan negeri) untuk mencapai negeri maju adalah tenaga kerja berkemahiran di mana kita akan buang kelompongan berkenaan.
"Anak muda jangan kemana-mana lagi dah lepas ni, duduk sahaja di Johor kerana peluang kerja akan kami wujudkan. Sama-samalah kita kerajaan, pihak swasta dan anak muda serta semua pihak untuk memajukan Johor," katanya dalam ucapannya, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-30 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dan Pelancaran Makmal Kecerdasan Buatan Kebangsaan (Makmal AI) di UTHM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Hadir sama adalah Naib Canselor UTHM Prof Dr. Ruzairi Abdul Rahim dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Sementara itu, berkenaan dengan Makmal AI, ia adalah kerjasama antara UTHM, UTM, Huawei dan TM bagi menggalakkan pembangunan bakat digital universiti di Malaysia.
Sementara itu Ruzairi berkata pihaknya berbangga apabila UTHM dan UTM dipilih untuk menerajui penubuhan Makmal AI bagi universiti awam di negara ini dengan mendigitalkan operasi kedua-dua universiti.
"Di UTHM khususnya dengan adanya Makmal AI ini kelak, sesi pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran universiti ini akan dapat dilaksanakan secara digital sepenuhnya, di mana sekarang ini dilaksanakan secara hibrid (gabungan digital dan manual)," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia sekali gus akan mengurangkan kebergantungan golongan berkenaan termasuk para graduan yang terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki. - Gambar fail/BERNAMA
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.

Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.

Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.

Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.

Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.

Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.

Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.

Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.