PORT DICKSON: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyarankan supaya kerajaan negeri membangunkan kawasan penanaman padi di negeri masing-masing, bagi meningkatkan pengeluaran beras dalam negara.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah berkenaan yang juga, memerlukan kerjasama pelbagai kementerian termasuk KPKM, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang turut berpotensi untuk dibangunkan tanaman padi iaitu Sabah dan Sarawak, selain kawasan sawah terbiar di Negeri Sembilan, serta mencari jalan terbaik untuk meningkatkan sistem pengairan untuk tanaman tersebut.
"Hal padi dan beras ini bukan tanggungjawab individu, dia tanggungjawab seluruh negara, sekuriti makanan ni semuanya kena terlibat termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, swasta dan pengusaha. Ia masalah negara dan dunia, semua kena tumpu ke arah mengurangkan bebanan ini.
"Tanah ialah kuasa kerajaan negeri dan mesti mereka bekerjasama, tak kiralah dia pembangkang ke pemerintah ke, soal makanan ini, takda (isu) pembangkang tak perlu makan, pemerintah tak perlu makan, kerana semuanya perlu.
"Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kita bantu sistem pengairan supaya dapat buat padi lima musim dua tahun. Tapi tak bolehlah lancarkan tahun ini, tahun depan akan berjaya, ambil masa sekurang-kurangnya tiga, empat tahun dari sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Himpunan dan Deklarasi Usahawan Pemasar Agro MADANI (KHIDMAD) 2023, di sini hari ini.
Mengenai program Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT), beliau berkata stok BPT akan ditingkatkan ke setiap negeri kepada 1,100 metrik tan sebulan, bagi memenuhi keperluan orang ramai dengan penambahan kepada 5,000 pusat jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), terutama di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.
Justeru, beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik, kerana bekalan BPT masih mencukupi dan belum menggunakan stok kecemasan, selain BPT itu akan dihantar ke pasar raya bagi supaya tidak tertumpu di pusat jualan FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang.
Selain itu, Mohamad berkata beliau akan mengadakan pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G), dengan duta daripada India, antara lain bagi membincangkan cara menstabilkan bekalan beras dalam negara di pejabat KPKM, esok.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pihaknya bersiap sedia dan sentiasa bekerjasama dengan agensi termasuk FAMA dan pihak swasta, dalam menjamin bekalan makanan pada musim tengkujuh selain menasihatkan petani untuk tidak menanam tanaman yang dijadualkan matang, pada waktu tersebut.
Sementara itu, Mohamad berkata jualan Agro MADANI sehingga 20 Sept lepas mencatatkan nilai jualan RM43.5 juta di 2,282 lokasi seluruh negara, membabitkan 34,123 usahawan dengan nilai penjimatan RM13.05 juta kepada 4.56 juta isi rumah.
Beliau berkata melalui Jualan Agro MADANI, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan termasuk di kompleks atau pejabat kerajaan, kedai peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah berkenaan yang juga, memerlukan kerjasama pelbagai kementerian termasuk KPKM, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPKM import lebih 600,000 biji kelapa, stabilkan bekalan domestik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

KPKM pastikan pindaan Akta 522 siap, dikuatkuasakan tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memastikan pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) dapat dipersiapkan dan seterusnya dikuatkuasakan pada tahun ini.

KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
KPKM kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.

KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.