GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan satu kenyataan yang tular berkaitan sumbangan i-Sejahtera negeri itu sejak semalam dan semakan mendapati ia sebenarnya palsu.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata mesej yang tular di media-media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan Telegram berhubung i-Sejahtera itu juga adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan salah faham kepada orang awam berkenaan konsep sumbangan program i-Sejahtera.
"Program i-Sejahtera tidak menyasarkan khusus kepada golongan B40 seperti yang didakwa. Sebagai contoh bagi Program Penghargaan Warga Emas, semua pengundi berdaftar dalam Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima sumbangan iaitu sebanyak RM200 bermula 2022 tanpa mengira status B40, M40 ataupun T20," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata secara ringkasnya, program-program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan daripada kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang dan bukanlah program bantuan yang dikhususkan kepada golongan B40 sahaja.
Terdahulu, mesej yang tular itu memaklumkan pendaftaran untuk golongan B40 bagi memohon bantuan i-Sejahtera yang dibayar oleh kerajaan negeri sebanyak RM200 telah dibuka dan satu pautan turut disertakan bersama mesej tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Mesej yang tular itu memaklumkan pendaftaran untuk golongan B40 bagi memohon bantuan i-Sejahtera yang dibayar oleh kerajaan negeri sebanyak RM200 telah dibuka. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Bekas ADUN Sungai Puyu semakin beransur pulih, sedang rehat
Pihak keluarga masih tidak dapat membenarkan sesiapa untuk melawat bapanya atas nasihat doktor pakar.

Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung.

Banjir kilat di Pulau Pinang, dua PPS dibuka
Kedua-kedua PPS tersebut dibuka bagi menempatkan 59 mangsa yang terdiri daripada 17 keluarga.

Letupan gas: Lima sekeluarga cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala empat yang lain di wad biasa.

Kerajaan Negeri P. Pinang nafi mesej tular berhubung i-Sejahtera
Mesej tular itu memaklumkan pendaftaran untuk golongan B40 bagi memohon bantuan i-Sejahtera yang dibayar oleh kerajaan negeri sebanyak RM200 telah dibuka.

Kaedah bom air digunakan dalam operasi di tapak pelupusan sampah
Seramai lapan anggota JBPM akan terlibat dengan operasi yang menggunakan helikopter pada pagi ini.

Pulau Pinang hasrat gazet pulau buatan manusia tahun depan
Kawasan itu adalah kawasan rumput laut terbesar di negara ini, selain merupakan habitat dan tempat makan pelbagai hidupan laut.

Banjir: 153 mangsa masih berada di enam PPS di tiga negeri setakat pagi ini
Di Kedah, dua mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di PPS SMK Agama Yan, manakala 32 mangsa daripada enam keluarga lagi berada di dua PPS di Bandar Baharu.

P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula
Kerjasama dengan kedua-dua kementerian itu juga bagi memastikan supaya sisa plastik import yang tidak mematuhi piawaian dihantar pulang ke negara asal mengikut perjanjian Basel Convention.

Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang
Kebanyakan kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 0.5 meter, namun tiada penduduk dipindahkan berikutan keadaan air semakin surut setakat 9 malam tadi.