IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah memohon sebahagian daripada peruntukan tambahan RM250 juta yang diumum kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri telah memohon mengikut prosedur ditetapkan selepas peruntukan itu diumumkan.
"Kita pohon (peruntukan) untuk membaik pulih jalan persekutuan berdasarkan aduan diterima termasuk pemantauan berkala terutama berkaitan masalah kualiti jalan.
"Memang jalan persekutuan ini agak terbiar dan perlu diselenggarakan, malah kita telah kenal pasti kawasan yang perlu disegerakan baik pulih selain laporan terperinci kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan segera dan saya harap ia diluluskan," katanya pada sidang media Majlis Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat di Taman Lapangan Jaya, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi, Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing dan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hang Tuah Din.
Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menambah peruntukan tambahan RM250 juta bagi tujuan penyelenggaraan setelah mengambil kira kedaifan dan kualiti jalan persekutuan.
Ia menjadikan peruntukan penyelenggaraan berkala jalan persekutuan yang diumum dalam Belanjawan 2023 lepas meningkat kepada RM1 bilion.
Mohammad Nizar berkata pihaknya sedar peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan itu turut melibatkan jalan persekutuan di seluruh negara, namun pihaknya memohon kerajaan mempertimbangkan jalan persekutuan di Perak.
"Kenapa kita kata Perak perlu diberi tumpuan kerana kerajaan negeri mahu menaik taraf laluan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan yang memerlukan tindakan segera.
"Kita telah utarakan perkara ini kepada kementerian kerana ia melibatkan hal-hal pembangunan dan kebajikan rakyat Perak dengan menjelaskan keperluan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serta dipertimbangkan kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri telah memohon mengikut prosedur ditetapkan selepas peruntukan itu diumumkan. - Gambar fail
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.
Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.
Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).