Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan terbabit dibuat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan sebentar tadi.
Ia dibuat selepas Kerajaan Negeri mengambil kira faktor suara rakyat Sabah yang menolak PSS termasuklah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, baru-baru ini.
"Meneliti apa yang telah berlaku, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini 22 Januari, telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat yang ada.
"Bukan hanya PRK Kimanis (parlimen) bahkan juga secara keseluruhannya suara-suara diutarakan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, pada Rabu.
Mengulas lanjut, PSS yang dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Jun hadapan itu, Mohd Shafie berkata, pihaknya secara rasmi akan memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perihal tersebut dalam tempoh terdekat.
"Kita mendengar suara rakyat yang ada, maka dengan itu Kabinet Negeri Sabah telah memutuskan untuk memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab supaya membatalkan rancangan meneruskan pelaksanaan PSS pada bulan Jun nanti," katanya.
Tambahnya, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Sabtu lalu sekaligus telah memberikan isyarat jelas bahawa rakyat bersuara dan menjadikan isu PSS sebagai sebab menolak parti pemerintah.
Ketika ditanya sama ada mekanisme lain untuk mengantikan PSS, Mohd Shafie berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan KDN dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
"Bila tiba masanya terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri, kerajaan negeri akan memainkan peranan seperti biasa untuk menguruskan PATI seperti biasa dan mana yang kita termampu.
"Supaya keadaan yang ada tidak menjejaskan bukan hanya keselamatan dan keadaan persekitaran yang ada di Sabah," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan PRK Kimanis yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu, beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil keputusan untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan meminta tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.
PRK Kimanis menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen tersebut selepas mendapat 2,029 majoriti dalam PRK Kimanis.
Calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, mendapat 12,706 manakala calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, memperoleh 10,677 undi.
Ruzaini Zulkepli
Wed Jan 22 2020

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan pembatalan itu akan dimaklumkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.