KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri yang memberi keutamaan kepada agenda pembangunan ekonomi negeri dan menjayakan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025).
Jelasnya melalui pelan berkenaan akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.
"Usaha segera perlu dipertingkatkan untuk menjayakan beberapa pelaburan yang sedang dalam proses rundingan untuk dibangunkan di Sabah dalam sektor pengilangan komponen bateri untuk kenderaan elektrik, pembuatan kaca, pengurusan pelabuhan dan juga industri aeroangkasa.
"Semua pelaburan ini, sekiranya berjaya direalisasikan ia dapat mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan pulangan pendapatan langsung dan tidak langsung bernilai jutaan ringgit kepada negeri ini secara khususnya.
"Itu yang kita telah rangka dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025)," katanya.
Komitmen itu dinyatakan Hajiji ketika menerima kunjungan hormat rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pejabat Wilayah Sabah, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Hijri Mat Rani, di Kota Kinabalu pada Khamis.
Kunjungan hormat itu disertai agensi di bawah MITI iaitu Pengarah MIDA Sabah, Wong Tiang Sing; Pengarah MATRADE Sabah, Azian Romlan; Pengarah SIRIM Sabah, Rommella Osmand dan Pengarah MIDF Sabah, Sudirman Alwi.
Pada pertemuan tersebut Hajiji turut meminta MITI bekerjasama rapat dengan agensi pelaburan negeri termasuk Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) yang baharu ditubuhkan untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara ke Sabah.
MITI turut membentangkan pencapaian kelulusan pelaburan sektor pengilangan oleh MIDA melalui MITI untuk Sabah iaitu sebanyak RM6.46 bilion bagi 15 projek pada tahun 2019 dan sebanyak RM11.86 bilion bagi 12 projek untuk tahun 2020 (Januari - September)
Manakala prestasi jumlah perdagangan Sabah dengan antarabangsa, Semenanjung dan Sarawak pada tahun lalu (Januari – Oktober 2020) adalah sebanyak RM67.1 bilion iaitu membabitkan nilai eksport sebanyak RM33.9 bilion dan import sebanyak RM33.1 bilion.
“Saya akan memantau usaha semua pihak yang terbabit dalam menarik pelabur ke negeri ini, termasuk meminta laporan dari semasa ke semasa agar apa yang kita rancangkan khususnya untuk membangunkan ekonomi negeri ini dapat direalisasikan.
"Ini kerana kita mahu negeri ini dan rakyatnya menerima manfaat daripada pembangunan ekonomi yang terancang,” katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Fri Jan 22 2021
![Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611310283_KerajaanNegeriSaba.jpg)
Hajiji menerima kunjungan hormat rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pejabat Wilayah Sabah, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Hijri Mat Rani, di Kota Kinabalu. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sabah
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708872868_BarjoyaiBardai.jpg)
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
![MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732162325_ZahidHamiditimbal.jpg)
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
![20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai 20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731838333_tbReezalMerican.jpg)
20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.
![CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730795380_AnwarIbrahimCIIE.jpg)
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
![Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729071888_NooryanaNajwaNajib.jpg)
Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
![Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024 Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727927574_AbuBakarYusof.jpg)
Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024
Pempamer Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat jualan bernilai lebih RM402.88 juta.
![Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725856463_TBmatrade.jpg)
Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis
"Malaysia Breakfast Business Networking Event" di Paris bertujuan mendalamkan pemahaman sektor awam dan swasta Perancis mengenai landskap ekonomi Malaysia.
![Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024 Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711546941_ReezalMericanNaina.jpg)
Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.
![Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
![Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715009848_Zafrul.jpg)
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.