ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri tidak "hangat-hangat tahi ayam" dalam usaha mengatasi kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), yang dialami berdekad lamanya.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali di CIQ KSAB sehingga kini, dalam mencari jalan mengatasi kesesakan di dua laluan itu yang digunakan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia setiap hari.
Malah, beliau percaya segala langkah penyelesaian yang telah diambil dan dilaksanakan akan terus dan terus dilaksana, diperkasa dan ditambah baik untuk masa-masa yang mendatang.
Ini mengambil kira 1.2 juta Bangsa Johor iaitu 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Johor, yang secara tidak langsung terkesan isu ini, selain pemain industri serta para pelabur, tambah beliau.
"...setiap saat yang dibazirkan di Tambak Johor dan Linkedua disebabkan kesesakan pastinya mempunyai impak kepada ekonomi dari segi pelaburan, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan juga hartanah.
"Namun, jika perkara ini dapat diselesaikan secara konsisten, kerajaan negeri percaya ia akan memberi keyakinan kepada para pelabur untuk melabur, juga keselesaan yang menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke Johor," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini.
Menteri Besar juga berkata antara sebab utama mengapa kerajaan negeri memberi penekanan terhadap isu kesesakan di kedua-dua CIQ berkenaan adalah kerana kesannya kepada ekonomi negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
Beliau memberi contoh, syarikat berpangkalan di China JStar Motion, telah membuka kilangnya di Johor dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 juta dan menawarkan 600 peluang pekerjaan.
"Mereka (JStar Motion) telah menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana aliran trafik antara Johor dan Singapura semakin lancar dan atas sebab itu juga, mereka akan melabur sebanyak RM100 juta lagi untuk mengembangkan perniagaan mereka di sini.
"Mereka akan turut menggalakkan pembekal-pembekal mereka untuk turut membuka perniagaan di bumi bertuah Johor," tambah Onn Hafiz.
Selain itu, pemain industri pelancongan juga memaklumkan bahawa perniagaan mereka juga semakin rancak disebabkan aliran trafik yang lebih baik.
"Kerancakan sektor pelancongan hari ini pastinya begitu diharapkan dan memberikan kelegaan yang sekian lama dinantikan, setelah mereka begitu teruk terkesan akibat pandemik COVID-19," tambah beliau.
Justeru, Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta agensi-agensi yang terlibat dalam mengatasi isu kesesakan di kedua-dua laluan berkenaan.
Beliau (BN-Machap) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Benut); Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang); Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang); Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-Sri Medan); Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit Yaani) dan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya).
Kesemua mereka bertanyakan usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan kesesakan di dua laluan berkenaan serta langkah-langkah yang telah diambil setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
![Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686804680_pejabatMBJohor.jpg)
Onn Hafiz menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini. - Foto Pejabat MB Johor
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737668073_HariNatal.jpg)
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
![Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737365437_TambakJohor.jpg)
Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat
Terdapat jangkaan kelewatan, selain mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen dari 24 Januari hingga 2 Februari.
![Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734684037_TerminalFeriAntara.jpg)
Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.
![Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727953608_TBONNHAFIZ.jpg)
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
![JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725607155_AedyFadlyRamli.jpg)
JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini
JPJ akan melaksanakan empat penambahbaikan bermula Isnin ini khususnya melibatkan perkhidmatan di kaunter di seluruh negara.
![Tambahan parkir tangani kesesakan lalu lintas Cameron Highlands Tambahan parkir tangani kesesakan lalu lintas Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725527303_TBCAMERRONSESAK.jpg)
Tambahan parkir tangani kesesakan lalu lintas Cameron Highlands
Kerajaan Pahang komited menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan Cameron Highlands terutama di kawasan Kea Farm, Brinchang dengan penambahan tempat letak kereta.
![Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718932118_KLAliranTrafik.jpg)
Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.
![ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718455454_tbKastam.jpg)
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
![Kemalangan treler dan tiga kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km Kemalangan treler dan tiga kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717822319_TBplus.jpg)
Kemalangan treler dan tiga kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km
Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan treler dan kereta.
![Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715841431_JabatanPendaftaran.jpg)
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.