KEPALA BATAS: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil kira semua pandangan dan pendapat daripada penduduk berhubung cadangan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat (CLQ) di Bertam di sini.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata perkara itu merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek di negeri ini.
"Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal iaitu kawasan perancangan projek CLQ itu mengadakan sesi town hall atau libat urus dengan wakil-wakil penduduk di kawasan terlibat bagi mendengar pandangan, bantahan serta hasrat mereka (berhubung projek CLQ).
"Seterusnya semua pandangan, bantahan dan hasrat yang disampaikan pada sesi malam ini dikumpulkan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri supaya ia dapat dinilai dan diteliti..kami (kerajaan negeri) sentiasa bersedia untuk menilai dan mendengarnya.
"Malah kerajaan negeri turut menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek itu kerana antara lain mahu mendapatkan cadangan awal daripada semua pihak berhubung projek berskala besar tersebut," katanya semasa sesi Town Hall Pembangunan Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi semalam, yang turut membabitkan projek CLQ.
Sesi town hall yang berlangsung selama tiga jam bermula 8.30 malam itu sedikit 'tegang' kerana ketidakpuasaan penduduk dengan projek CLQ tersebut yang turut melibatkan konsultan projek, pemaju dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Zakiyuddin berkata Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas 339 hektar yang terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Bertam di Parlimen Kepala Batas itu antara lain adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut dan lokasi berhampiran.
"Saya ingin nyatakan sebarang keputusan dan tindakan saya dalam tangani isu ini tidak sekali-kali berdasarkan politik sahaja tetapi kepada kepentingan rakyat, negeri dan penduduk di sini serta pembangunan Bertam keseluruhannya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas mahu MBSP dan pihak pemaju membuat sesi libat urus dengan penduduk untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi cadangan pembinaan pembangunan CLQ kerana rata-rata penduduk menjadi resah apabila berdepan dengan prospek kebanjiran pekerja warga asing di kawasan tersebut.
Penduduk di 10 taman perumahan berhampiran projek tersebut sebelum ini mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan pembangunan CLQ di situ yang akan menempatkan ribuan pekerja asing dan mencadangkan pembinaan itu dipindahkan ke kawasan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tidak jauh dari situ.
Difahamkan, projek pembangunan itu yang dalam proses mendapatkan kebenaran merancang mempunyai dua pakej, dengan pakej pertama membabitkan cadangan membina 45 unit plot industri dan tiga blok asrama pekerja 10 tingkat manakala pakej kedua melibatkan cadangan membina 99 unit plot industri dan empat blok asrama pekerja 10 tingkat yang keseluruhannya berjumlah 977 unit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
![Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654746259_DatukAhmadZakiyud.jpg)
Sesi Town Hall Pembangunan Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi berlangsung di Dewan Kompleks Sukan MBSP, Bertam, 8 Jun 2022. - Foto Facebook Zakiyuddin.my
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
![PKNS bangunkan kuarters berpusat untuk pekerja migran PKNS bangunkan kuarters berpusat untuk pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/41454409888_PKNSLogo.jpg)
PKNS bangunkan kuarters berpusat untuk pekerja migran
PKNS akan membangunkan CLQ di Bandar Sultan Suleiman, Klang, sekali gus memantapkan komitmen negeri untuk memupuk persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan bagi pekerja migran di Selangor.
![Perak laksana projek penginapan pekerja berpusat Perak laksana projek penginapan pekerja berpusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41669885945_Perakpenginapan.jpg)
Perak laksana projek penginapan pekerja berpusat
Perak memulakan projek menyediakan penginapan pekerja berpusat (CLQ) untuk pekerja asing, bagi menyokong pertumbuhan perindustrian dan pembangunan ekonomi negeri.
![Penduduk Kepala Batas lega CLQ tidak diteruskan - Reezal Penduduk Kepala Batas lega CLQ tidak diteruskan - Reezal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640173882_TBReezalMerican.jpg)
Penduduk Kepala Batas lega CLQ tidak diteruskan - Reezal
Reezal mengucapkan terima kasih kepada pemaju kerana mendengar bantahan pimpinan tempatan dan penduduk setempat terhadap cadangan projek tersebut.
![CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655000953_ReezalMericanNaina.jpg)
CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri
KPKT hanya bersetuju jika industri yang dibawa ke kawasannya berteraskan teknologi tinggi.
![Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654746259_DatukAhmadZakiyud.jpg)
Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam
Ia merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek.
![Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653819658_TBBANTAH.jpg)
Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan
Penduduk 11 taman perumahan sekitar Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) berhampiran Taman Mekar Sari.
![Pusat kuarters buruh MRT Pusat kuarters buruh MRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81371463799_295x200.jpg)
Pusat kuarters buruh MRT
Pusat kuarters buruh atau CLQ yang dibina untuk pekerja pembinaan MRT bakal dijadikan model kediaman contoh untuk sektor pembinaan dalam negara.