Kerajaan Pulau Pinang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah dan sederhana rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata jawatankuasa itu ditubuhkan untuk melihat sama ada skim yang baru dibina dapat diwujudkan di mana unit-unit kos rendah dan kos sederhana rendah yang dijual akan tetap menjadi milik kerajaan negeri melalui satu kaedah pajakan.
Katanya, jawatankuasa itu juga diberi tanggungjawab untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan dasar berkenaan, selain mengemukakan syor untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kerajaan akan mengambil semula unit yang akan dikembalikan di mana ia akan disalurkan kepada pemohon baru di dalam sistem.
"Kita juga mahu memastikan stok perumahan sedemikian mencukupi untuk ditawarkan kepada golongan berkelayakan dan bukan disewa kepada pihak ketiga. Syarat perumahan jelas menyatakan unit rumah ini perlu didiami pemilik sahaja, bukannya untuk disewa," katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana ia mencabuli syarat yang ditetapkan sekiranya unit berkenaan disewa kepada pihak luar.
Jagdeep berkata, pemilik rumah berkenaan hanya boleh menjual unit mereka kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak ketiga dengan pengumuman mengenai cadangan itu akan dibuat nanti.
Katanya, pihak kerajaan sedang mengkaji kaedah pembayaran bagi transaksi berkenaan dengan mengambil kira beberapa aspek, termasuklah baki pinjaman perumahan pemilik unit terbabit.
"Kita akan pertimbangkan jumlah baki pinjaman perumahan pemilik sebagai bayaran, jika pembeli masih terikat dengan pihak bank. Bagaimanapun, kita mungkin bayar RM42,000 jika unit berkenaan diperoleh melalui pampasan.
"Ini akan memberi situasi menang-menang bagi pemilik dan kerajaan negeri, kecuali bagi pihak yang mengharapkan 'durian runtuh' apabila menjual unit perumahan masing-masing," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
![Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542287569_RumahKosRendah.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang mahu memastikan stok perumahan sedemikian mencukupi untuk ditawarkan kepada golongan berkelayakan sahaja. - BERNAMA/Fail
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735749693_ChowKonYeowJagde.jpg)
Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.
![Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722836208_ChowKonYeowJagde.jpg)
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.
![Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722507078_ChowKonYeowJagde.jpg)
Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan sedang dalam perhatian doktor.
![Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698285371_tbJagdeepSinghDeo.jpg)
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
![Pulau Pinang berpotensi menjadi kuasa ekonomi terpenting di ASEAN Pulau Pinang berpotensi menjadi kuasa ekonomi terpenting di ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698285371_tbJagdeepSinghDeo.jpg)
Pulau Pinang berpotensi menjadi kuasa ekonomi terpenting di ASEAN
Ini kerana Pulau Pinang sering menjadi pilihan syarikat-syarikat luar dan multinasional untuk meluaskan perniagaan dan perkhidmatan mereka.
![Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655729344_JagdeepSinghDeo.jpg)
Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.
![Kerajaan negeri beri komitmen usaha bangunkan industri PKS di P.Pinang Kerajaan negeri beri komitmen usaha bangunkan industri PKS di P.Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697145341_JagdeepSinghDeo.jpg)
Kerajaan negeri beri komitmen usaha bangunkan industri PKS di P.Pinang
Pulau Pinang sememangnya dikenali sebagai hub industri global yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
![Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692155646_TKM.jpg)
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.
![Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633499391_Beca.jpg)
Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco
Sesi Town Hall diadakan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai warisan dan nilai keunggulan sejagat dalam TWDGT.
![Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622271524_JagdeepSinghDeo.jpg)
Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan rancangannya untuk membina lebih banyak asrama pekerja asing bagi menangani masalah pekerja asing yang tinggal di kawasan perumahan.