KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan tahniah atas ikrar serta tekad serta Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk memastikan spesies Harimau Malaya terus hidup dan membiak serta tidak pupus di negeri ini.
Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy turut menjunjung titah baginda untuk menyelamatkan spesies Harimau Malaya yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.
"Sesungguhnya, berkat kebijaksanaan pemikiran, keprihatinan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku jua lah, maka ketika ini sudah ditubuhkan sebuah pasukan khas bagi melindungi hidupan liar di negeri ini iaitu Renjer Hutan Pahang atau Unit Peronda Hidupan Liar Pahang.
"Unit ini yang dinaungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri, berperanan memantau dan membuat penguatkuasaan ke atas segala kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar," kata Wan Rosdy dalam hantaran tersebut.
"Malah, Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Pahang telah menubuhkan Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) di Kuala Gandah, Lanchang, bagi memastikan habitat semua spesies harimau di negeri dan negara ini terus dilindungi daripada sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang khususnya aktiviti pemburuan dan penerokaan hutan," katanya lagi.
Ujar Wan Rosdy, kerajaan Pahang selain itu juga telah mengorak langkah, melindungi sumber biodiversiti dan memulihara alam sekitar di negeri dengan menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang.
Perbadanan Taman Negeri Pahang itu berfungsi sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dasar umum tentang pemeliharaan, penggunaan, kawalan dan pengurusan serta pembangunan alam sekitar, sumber dan biodiversiti Taman Negeri Pahang.
Manakala Majlis Biodiversiti Negeri Pahang pula berperanan menasihati Kerajaan Negeri Pahang dalam melindungi alam semula jadi dan sumber biodiversiti di samping mengkaji dasar yang berkaitan dengan bioteknologi serta melindungi harta intelek negeri ini yang melibatkan aspek flora dan faunanya.
"Segala inisiatif ini adalah sebagai menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar setiap projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan secara lestari berpandukan konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) seperti mana seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," tambahnya.
Mohd Zalani Md Atan
Fri Jun 10 2022
Wan Rosdy turut menjunjung titah baginda untuk menyelamatkan spesies Harimau Malaya yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Hanya 30 peratus anggota bomba Pulau Pinang dibenarkan cuti Tahun Baharu Cina
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hanya membenarkan 30 peratus daripada 935 pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Agenda AWANI: Trump 2.0 | Jangkaan awal
Dengan kembali ke Rumah Putih, Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47 dijangka melaksanakan beberapa langkah kontroversi sebagai janjinya untuk menjadikan Ámerika Hebat Kembali’. Sejauh mana ia signifikan untuk hubungan antarabangsa? Diskusi 9 malam
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Kerajaan Pahang umum KGT Tambahan Khas RM100, libatkan implikasi kewangan RM9.6 juta
Pemberian KGT Tambahan Khas ini juga tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya.
Pahang ke arah atlet pakai patuh syariah - MB
Kerajaan negeri Pahang kini ke arah pelaksanaan pemakaian patuh syariah terhadap atlet-atlet di negeri ini, kerana ia salah satu tuntutan agama, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
'Jambatan maut': Gadai nyawa anak, bapa mohon maaf
Abdul Jalil Sulaiman turut memohon maaf mewakili isterinya, Siti Zaharah Otman yang memuat naik video tersebut hingga tular di laman sosial Facebook pagi tadi.