KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang telah memperketatkan proses bagi pajakan, gadaian, pindah milik dan pelupusan tanah rizab Melayu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Langkah itu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan pegangan tanah rizab Melayu di Pahang agar terus terpelihara, justeru beliau berkata semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa negeri.
Beliau berkata setakat ini jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah diwartakan berkeluasan 397,619.05 hektar di seluruh Pahang.
"Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.
"Selain daripada itu, bagi menambah jumlah keluasan tanah rizab Melayu, semua Projek Skim Tanah Rakyat (STR) turut diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu," katanya ketika berucap pada Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan di sini semalam.
Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan antara inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi pendapatan dan ekonomi golongan bumiputera adalah melalui pelaksanaan STR dengan projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan projek pertanian.
Menerusi pelaksanaan STR beliau berkata kerajaan negeri juga dapat memberi peluang kepada rakyat terutamanya bumiputera yang masih belum mempunyai tanah untuk memiliki aset dan sekali gus dapat dibangunkan secara ekonomik.
Bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran pula pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan negeri terutama dalam bidang keusahawanan melibatkan kaum bumiputera antaranya pelaksanaan Skim I-Push berjumlah RM20 juta telah diperuntukkan pada 2022 dan 2023.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut menetapkan kuota sebanyak 30 peratus bagi pekerja bumiputera dalam kalangan rakyat Pahang bagi memastikan penglibatan bumiputera dalam industri pembinaan.
Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kebanyakan projek sakit di Pahang berpunca antaranya daripada kontraktor yang dilantik dan punca mengenai faktor itu harus dikenal pasti.
"Misalnya di Jelai sahaja ada 26 projek yang sakit, saya dimaklumkan bahawa 70 hingga 80 peratus adalah masalah kontraktor...masalah ini akan memberi kesan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Wan Rosdy berucap ketika merasmikan Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang di Kuantan, 3 Dis 2023. --fotoBERNAMA
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kerajaan Pahang perketat proses pajakan, pindah milik tanah - MB
Wan Rosdy berkata semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri.