KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.
"Keadaan di Palestin semakin buruk sehingga hari ini jumlah kematian yang kita terima adalah lebih daripada 8,700 orang dan keadaan ini amat mengecewakan manakala golongan yang hilang rumah mereka atau 'displaced people' sudah mencapai angka 1.4 juta orang kesemuanya, ini merupakan satu keadaan yang sangat menyedihkan.
"Di satu pihak pengeboman yang berterusan dilakukan manakala di satu pihak mereka bukan nak ambil jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, malah meletakkan lagi dalam keadaan yang sukar untuk mencapai keputusan yang baik bagi kita menghentikan serangan-serangan ini dalam kadar segera bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusiaan mulai masuk," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi "Diploma in Diplomacy" (DiD) Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di sini hari ini.
Katanya, penghantaran pertama bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir melalui penerbangan kargo sewaan khas esok seperti yang dijadualkan.
"Kita ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Mesir kerana dalam tempoh yang singkat mereka membenarkan bantuan dari Malaysia untuk sampai. Kebiasaannya bagi negara-negara lain untuk sampai ke Lapangan Terbang Al-Arish itu mengambil masa berhari-hari lebih kurang lima enam hari tetapi dalam konteks Malaysia kita mendapat keputusan dalam 36 jam sahaja.
"... ia membolehkan kita membuat persiapan-persiapan untuk penghantaran ke lapangan terbang itu, daripada situ pihak berkuasa Mesir akan melakukan tindakan susulan bagi menghantar barangan ke Rafah," katanya.
Dalam masa sama, Zambry berkata, Wisma Putra juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan seorang rakyat Malaysia Nurul Ain Haron serta suaminya yang sudah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas dengan kerjasama negara ketiga.
"Kita juga telah mendapat maklum balas tentang kemungkinan laluan di Rafah akan dibuka bagi membolehkan rakyat-rakyat dari luar negara dan mereka yang mempunyai dwikerakyatan iaitu rakyat Palestin dan negara lain untuk keluar," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan. - Gambar fail Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan pantau RUU AS berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas
Wisma Putra akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.