MIRI: Kerajaan komited dalam usaha untuk memastikan pekebun kecil mahupun mereka yang terlibat secara kecil-kecilan tidak terkeluar daripada rantaian bekalan sawit berikutan pengenalan peraturan baru sawit oleh negara luar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Malaysia berpendirian bahawa apa saja peraturan yang ingin dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah (EU) harus melibatkan rundingan dengan kerajaan.
Mesej itu telah disampaikan oleh kerajaan semasa Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Brussels, Belgium akhir bulan lepas.
"Inilah perjuangan kita. Tujuan kita ke EU adalah untuk menyatakan apa pun yang mereka laksanakan, mestilah melibatkan kita dalam segala perundingan supaya pekebun kecil khususnya, tidak akan terabai atau terkeluar daripada rantaian bekalan minyak sawit," katanya semasa merasmikan majlis penutupan program konsultasi FGV bersama pekebun kecil dan pembekal kawasan Miri di sini hari ini.
Fadillah berkata Malaysia dan Indonesia telah menyampaikan pendirian dan kebimbangan kepada EU berhubung pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Beliau menyifatkan pengenalan pelbagai peraturan terhadap minyak sawit adalah cara bersaing berbentuk diskriminasi dan halangan perdagangan kerana minyak sawit lebih produktif jika dibandingkan dengan minyak yang dihasilkan daripada sumber lain seperti kacang soya, bunga matahari atau jagung.
"Apa yang kita bincangkan mereka sudah mendengar dan mereka akan datang ke Malaysia untuk memperincikan segala perbincangan, dan diharapkan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kita akan diterima pakai agar pekebun kecil akan tetap berada dalam rantaian bekalan sawit dunia," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk pekebun kecil menjaga kelestarian alam sekitar, bukan sahaja bagi memenuhi kehendak pasaran dunia.
Menurutnya amalan mematuhi standard MSPO atau Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) juga adalah untuk memastikan alam sekitar terjaga untuk diwarisi generasi akan datang.
Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan memahami cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit khususnya berkaitan harga yang ditentukan oleh permintaan di peringkat global.
Beliau berkata setiap pekebun kecil harus bersiap siaga dengan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global yang hanya akan berkembang pada kadar tiga peratus sehingga 2028, manakala ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus, sekali gus memberi kesan kepada eksport negara.
Katanya walaupun secara umumnya permintaan minyak sawit akan tetap stabil, harganya mungkin tidak menentu.
Sehubungan itu, Fadillah berkata pekebun kecil sawit tidak boleh bergantung kepada komoditi itu semata-mata, sebaliknya menjalankan pertanian bersepadu untuk menghasilkan pendapatan yang konsisten.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Fadillah turut menekankan kepentingan untuk pekebun kecil menjaga kelestarian alam sekitar, bukan sahaja bagi memenuhi kehendak pasaran dunia.- Fail/Astro AWANI
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
BN tidak pernah bincang untuk singkirkan MCA - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perbincangan untuk menyingkirkan MCA sebagai parti komponennya.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.
Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.