KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata perbincangan antara kerajaan negeri Sarawak dengan Khazanah Nasional Bhd berhubung pengambilalihan itu turut berlangsung dengan baik.
"Dengan adanya syarikat penerbangan itu nanti (di bawah kerajaan Sarawak), ia bukan sahaja akan tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar, tetapi syarikat itu boleh dikembangkan sebagai syarikat penerbangan serantau.
"Saya yakin syarikat penerbangan ini mampu berkembang maju kerana Sarawak mempunyai kewangan yang kukuh. Syarikat penerbangan memerlukan sumber kewangan untuk beroperasi dan Sarawak mempunyai modal yang besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memeterai memorandum persefahaman pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.
RAS adalah perkhidmatan udara tidak ekonomik bagi memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kerajaan Persekutuan kepada penduduk luar bandar di kedua-dua negeri.
Kos penyediaan perkhidmatan RAS oleh syarikat operasi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk subsidi dan bayaran sewa pajakan pesawat.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Loke berkata RAS masih diuruskan oleh MASWings dan kementerian itu komited untuk meneruskan subsidi walaupun selepas Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan itu.
"Subsidi yang diberikan kepada MASWings akan diteruskan. Subsidi itu berjumlah kira-kira RM210 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak, dan akan diteruskan.
"Kami akan memeterai perjanjian baharu sebaik sahaja Sarawak mengambil alih MASWings. Perjanjian baharu akan dirundingkan dan kami akan meneruskan dengan perjanjian baharu untuk 2025 dan selanjutnya berikutan perjanjian semasa adalah sehingga akhir 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Loke berkata RAS masih diuruskan oleh MASWings dan kementerian itu komited untuk meneruskan subsidi walaupun selepas Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan itu. - Gambar Bernama

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Kerajaan Sarawak jalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings
Kerajaan negeri Sarawak kini sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.

Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera - Loke
Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera.

Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.

MASWings tawar promosi tambang 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak
MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen 'Jom Balik Undi' sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak.

Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri
Pesawat ATR milik MASwings membawa 25 penumpang dan empat kru petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat.

AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu mulai Januari 2019
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, AirAsia akan mengambil alih laluan Kota Kinabalu (KK)-Sibu dan KK-Bintulu dari MASwings Sdn Bhd bermula Januari 2019.

Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Kontrak MASWings diperbaharui 7 tahun
Kerajaan akan memperbaharui kontrak MASWings untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk tujuh tahun lagi dari 2017.

Jerebu: Dua penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Tawau
Dua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan akibat jarak ketampakan yang terhad berikutan jerebu pagi ini.