BAGAN DATUK: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menggesa kerajaan meningkatkan promosi untuk mengubah persepsi tidak baik terhadap santan kelapa yang sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan.
Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail berkata, pelbagai kajian di dunia telah membuktikan bahawa santan kelapa amat baik kerana mengandungi Medium-Chain Triglyceride (MCT) yang turut berada di dalam susu ibu.
Menurutnya, MCT merupakan lemak yang penting dan paling sesuai dengan badan manusia berfungsi sebagai antiviral, antifungal, antibakteria dan antiparasit serta meningkatkan imuniti dalam sistem tubuh.
"Saya menyeru kepada kerajaan supaya mengubah persepsi terhadap lemak pemakanan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedar tentang perubahan ini dan menguar-uarkan kepada masyarakat. Kelapa merupakan sumber utama lemak yang baik.
"Lemak sangat penting untuk antioksidan, sumber nutrisi dan penyerapan zat vitamin. Lemak terbaik adalah santan dan minyak kelapa kerana ini anugerah tuhan kepada kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI di MARDI Bagan Datuk di sini pada Isnin.
Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Azman berkata, selama ini terdapat banyak kekeliruan disebarkan mengenai lemak santan kelapa oleh mereka yang tidak memahami perkembangan sains terbaharu.
Menurutnya, beberapa negara lain sudah menyedari tentang kebaikan lemak santan malah di China serbuk santan tulen dari Malaysia antara produk paling laris dijadikan minuman di restoran.
Beliau berkata, disebabkan permintaan yang tinggi terhadap santan kelapa tulen itu, syarikat Malaysia yang menghasilkan produk berkenaan terpaksa mengimport kelapa dari luar untuk memenuhi kehendak pasaran.
"Orang Melayu dahulu sihat sebab gunakan santan dalam masakan sebab ia baik. Lemak yang tak baik ini adalah lemak ciptaan seperti lemak trans.
"Selain itu juga, kelapa dan lemak santan ini turut digunakan oleh atlet antarabangsa sebagai salah satu keperluan untuk meningkatkan prestasi mereka," katanya.
Santan kelapa merupakan cecair emulsi yang terdiri daripada 57 peratus air, 35 peratus lemak, protein (4.5 peratus), karbohidrat (2.1 peratus) dan garam galian (1.1 peratus).
Penyelidikan kelapa oleh MARDI bermula sejak tahun 1972 dengan wujudnya stesen penyelidikan di Hilir Perak sebelum dinaik taraf kepada Pusat Penyelidikan Koko-Kelapa pada tahun 1991.
Di Perak keluasan penanaman kelapa melibatkan kawasan seluas 7,505 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 82,000 metrik tan setahun.
Daerah Bagan Datuk mempelopori penanaman kelapa di Perak dengan keluasan tanaman seluas 6,670 hektar yang menghasilkan 70,000 tan metrik setahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 15 2023
Dari kiri, Azman, Mohd Zolkafly, Shahrul Zaman dan Mohamad Zabawi turut merasai santan kelapa yang disediakan sempena Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI di MARDI Bagan Datuk, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan
KPDN berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi ke-26 dalam program Technology Innovation Support Centre (TISC).
Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.
MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.
Kerjasama penyelidikan MARDI, AREEO perlu dipergiat - Mohamad Sabu
Mohamad berkata ia antara yang dibincangkan bersama Menteri Pertanian Republik Islam Iran Mohammad Ali Nikbakht di Kementerian Pertanian Iran, Tehran hari ini.
Rasuah: Bekas pengurus inkubator MARDI dihukum penjara dua tahun, denda RM85,000
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan yang munasabah.
MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030
MARDI memulakan penanaman tiga jenis bawang secara kecil-kecilan untuk tempoh 2024 hingga 2025 dengan fokus kepada penghasilan bawang merah.
Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian
Projek upskilling tanaman bawang dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.
MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani
Usahawan yang dipilih akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma.