BELANJAWAN 2021 di peringkat dasar telah diluluskan melalui Bacaan Kedua semasa sesi pergulungan di Parlimen.
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan terbesar dalam sejarah yang diluluskan ini bukan sahaja memberi kemenangan moral kerana pembangkang secara umumnya tidak membantah Belanjawan 2021 secara dasar serta disambut baik oleh DYMM Yang diPertuan Agong, Ketua Pengarah Kesihatan dan rakyat secara umumnya.
Di samping Belanjawan 2021 perlu melalui perbahasan di peringkat Jawatankuasa dan akhir sekali diundi kali terakhir semasa Bacaan Ketiga pada pertengahan Disember depan, Belanjawan ini dilihat sukar untuk mengubah status quo kecenderungan pengundian rakyat umumnya.
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan KPM dengan jumlah dana terbesar antara kementerian iaitu RM50.4 billion, akan tetapi masyarakat Cina khususnya kurang gembira kerana tiada peruntukan yang jelas kepada sekolah vernakular sebagaimana yang dikhususkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM15 juta pada Belanjawan 2020.
Malahan, walaupun kerajaan telah memperuntukan bantuan yang besar kepada kumpulan sasar di bawah Strategi 4: Agenda Keterangkuman, Langkah 4 dengan suntikan dana bagi Komuniti India sebanyak RM 100 juta dan bagi Komuniti Cina sebanyak RM 177 juta, jumlah ini masih belum mampu menarik nafas lega untuk mereka.
Sebuah perancangan ekonomi yang ingin disampaikan kepada pengundi, perlulah berpaksikan kepada sosioekonomi mereka agar agenda keterangkuman benar-benar dirasai.
Masyarakat India dan Cina yang sebahagian besarnya menetap di bandar serta terlibat dalam sektor swasta seperti perniagaan dan industri lebih terkesan dengan pemotongan cukai berbanding bantuan rumah ibadah dan pembangunan kampung semata-mata.
Justeru, kerajaan perlu menyemak semula bagaimana pelbagai program pengecualian cukai dan pengurangan cukai kepada PKS yang telah dirangka ini boleh membantu masyarakat bukan Bumiputera ini.
Reaksi kurang gembira ini juga turut dirasai dari kalangan mahasiswa sebagai pengundi muda kerana tiada kejelasan dalam Belanjawan 2021 yang memperuntukkan manfaat yang diterima oleh mahasiswa secara tersusun hingga menjadikan mereka berasa terpinggir dari kebaikan Belanjawan 2021.
Walaupun sebenarnya mereka bakal menikmati pelbagai bantuan di bawah program upskilling reskilling, pinjaman komputer riba, geran R&D bagi pensyarah dan pasca siswazah, penaiktarafan infrastruktur dan internet di kampus, mahasiswa di bawah MARA dan UiTM serta e-wallet ini.
Kerajaan Perikatan Nasional perlu berusaha memperbaiki orientasi penyampaian mereka yang berpaksikan psikologi pengundi berbanding orientasi pentadbiran kerajaan yang asing dari sentimen politik.
Komunikasi politik Perikatan Nasional perlu berfokus berdasarkan segmen pengundia dan kumpulan sasar agar setiap kelompok masyarakat berasa mereka adalah sebahagian daripada Belanjawan justeru menarik mereka untuk terus mengundi Perikatan Nasional pada PRU15.
Selain orientasi penyampaian Belanjawan yang bermasalah, kecenderungan pengundian rakyat Malaysia masih jauh lagi berpaksikan polisi tetapi terikat dengan semangat kepartian baik secara sedar atau tanpa sedar.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Barisan Nasional pada tahun-tahun sebelum ini yang telah berjaya mentransformasi Malaysia dengan kadar pertumbuhan KDNK setinggi 6% pada 2017, Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) mencecah 5% (2017) berbanding nilai negatif pada tahun² seterusnya masih gagal menyelamatkan BN daripada tumbang pada PRU14 lalu.
Fenomena ini menunjukkan pertimbangan undi rakyat berhubung polisi-polisi ekonomi adalah kurang siginifikan.
Pembangunan ekonomi sebelum ini tidak selari dengan peningkatan undi rakyat. Dalam konteks pertimbangan undi juga, prestasi cemerlang Perikatan Nasional yang dirasai oleh pengundi Pakatan Harapan masih belum cukup kuat untuk mendorong mereka beralih arah mengundi PN.
Kerajaan hari ini perlu menyedari lanskap dan sentimen politik akar umbi berbeza dengan dinimaka pergelutan merebut kekuasaan sesama elit politik.
Kerajaan perlu memiliki resepi-resepi khusus untuk mendekati setiap segmen masyarakat yang rencam, kompleks dan rumit.
Umumnya, formula personalisasi adalah kunci kepada kerajaan pada skala nasional untuk mendekati setiap satu pengundi berbanding pendekatan secara rambang dan rawak.
* Penulis merupakan Ketua Penyelidik Firma O2 Malaysia dan sering memberi pandangan mengenai kelestarian ekonomi negara serta hubungkait dengan politik semasa.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Anis Sina Anwar
Mon Nov 30 2020
Penulis berpendapat, kalangan mahasiswa kurang gembira dengan Belanjawan 2021 kerana tiada kejelasan yang memperuntukkan manfaat yang diterima mereka secara tersusun, menyebabkan mereka berasa terpinggir. - Gambar hiasan
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
AI Governance — Shaping Malaysia’s AI Future & Ambitions
Artificial intelligence is rapidly becoming a part of our daily lives but as technology evolves more rapidly than governance frameworks, the question is no longer if Malaysia should govern AI, but how—how fast and how much. A new white paper by the Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia seeks to unpack what AI governance really means, and why it matters for Malaysia’s future. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Farlina Said, fellow in Cyber and Technology Policy at ISIS Malaysia, and Adilah Junid, Director of Legal and Government Affairs at Microsoft Malaysia.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.
AWANI 7:45 [17/1/2025] – PM Gesa Dunia | Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan | KDNK Suku Keempat 2024 | Harga Padi Miskinkan Pesawah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Masyarakat dunia kena hormati Gaza, urusan gencatan senjata.
- Laut China Selatan jadi tumpuan kepentingan bersama Asean.
- KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus.
- Segerakan masalah, harga padi miskin pesawah.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kerajaan perlu perbaiki penyampaian Belanjawan 2021
Perancangan ekonomi perlulah berpaksikan kepada sosioekonomi rakayt agar agenda keterangkuman benar-benar dirasai.