KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar kerajaan segera meratifikasikan konvensyen 87 dan 98 di bawah protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang menyentuh mengenai kebebasan serta hak pekerja untuk berpersatuan dan berorganisasi.
Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor berkata langkah itu akan memastikan pekerja mendapat gaji yang bermaruah, pekerjaan yang baik serta apa-apa faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama antara kesatuan pekerja dengan majikan.
"MTUC ingin melihat negara kita mencapai status sebagai negara maju dan ia hanya boleh dicapai jika hak pekerja itu dimartabatkan ... MTUC menyeru kerajaan untuk mengiktiraf konvensyen tersebut demi kepentingan pekerja di seluruh negara," katanya pada program Malaysia Petang Ini, terbitan Bernama TV semalam.
Sementara itu, Kamarul Baharin berkata kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan satu dasar bagi meningkatkan jumlah penglibatan pekerja dalam kesatuan.
Beliau berkata penglibatan pekerja dalam kesatuan pada masa kini adalah tidak memberangsangkan dengan hanya 500,000 hingga 800,000 daripada 15 juta pekerja di Malaysia merupakan ahli kesatuan.
"Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan suatu dasar supaya setiap syarikat perlu mewujudkan kesatuan pekerja. Bila mana syarikat itu tidak ada kesatuan pekerja, banyak hak pekerja dinafikan oleh majikan," katanya.
Selain itu, beliau berkata MTUC turut berharap kerajaan akan mengkaji semula struktur penggajian di Malaysia terutamanya melalui pelaksanaan model gaji kehidupan wajar.
Katanya, kenaikan gaji dapat meningkatkan produktiviti pekerja yang seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara, dan perkara itu telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan Jabatan Perangkaan yang mendapati produktiviti negara telah meningkat sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat tahun lepas iaitu selepas pelaksanaan gaji minimum RM1,500 pada Mei 2022.
"MTUC berpandangan bahawa dengan peningkatan gaji, produktiviti akan meningkat secara selari. Kami berharap dengan reformasi struktur gaji ini akan meningkatkan produktiviti dan membolehkan Malaysia berada pada tahap yang sesuai dengan statusnya sebagai negara maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023

Kamarul Baharin berkata penglibatan pekerja dalam kesatuan pada masa kini adalah tidak memberangsangkan dengan hanya 500,000 hingga 800,000 daripada 15 juta pekerja di Malaysia merupakan ahli kesatuan. - Gambar fail/Sinar Harian

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.

Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.

HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.

Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.

MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.

PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.

Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.

Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.