PUTRAJAYA: Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
"Antara syaratnya ialah projek penambakan perlu dikurangkan... sebab sebelum ini, ada dua pulau yang perlu ditambak bagi membina Pulau Silikon di bawah projek Pulau Pinang Selatan (PSI).
"Jadi, daripada 3 pulau... Kerajaan Persekutuan telah meminta supaya mereka hadkan kepada penambakan satu pulau.. jadi dua pulau tidak akan ditambak... dengan syarat Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih projek tersebut dan membiayai projek LRT," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Jumaat.
Tambah Anthony, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek pembangunan LRT itu.
"(Usaha) ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan..jadi, saya tak pernah dengar Ketua Menteri Pulau Pinang ada complain," katanya.
Jajaran LRT laluan Mutiara akan bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar dan seterusnya menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Perai untuk memberi ketersambungan kepada rangkaian keretapi KTM Komuter dan ETS sedia ada.
Jarak jajaran itu dianggarkan lebih kurang 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran, iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral.
Kerajaan turut memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100% milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.
Pembinaan projek LRT ini disasarkan bermula pada tahun ini dan memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Perolehan projek ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Pulau Silikon ke Komtar (Segmen 1), Komtar ke Penang Sentral (Segmen 2), kontrak untuk turnkey kerja-kerja sistem dan stok (systems and rolling stocks) secara tender terbuka.
SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) juga ditawarkan kontrak ini melalui mekanisme Single Sourcing Request for Proposal dan proses rundingan antara MRT Corp dan SRS disasarkan akan dimuktamad dalam tempoh 6 bulan.
"Selepas itu, kerja-kerja fizikal boleh dimulakan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun ini.
"Pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membangunkan infrastruktur pengangkutan awam bukan sahaja di kawasan Lembah Klang tetapi juga di wilayah dan negeri yang memerlukan demi kesejahteraan rakyat," kata Anthony.
Pia Ernadya
Fri Mar 29 2024
Anthony berkata, pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membangunkan infrastruktur pengangkutan awam. - Gambar/ Astro AWANI
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.