KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mencatatkan hasil sebanyak RM225.075 bilion dan terimaan balik pinjaman serta pelbagai terimaan berjumlah RM1.26 bilion pada 2020, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Menurut laporan itu, hasil tersebut merupakan penurunan sebanyak 14.9 peratus daripada RM264.41 bilion yang dicatatkan pada 2019.
Hasil kerajaan Persekutuan terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan.
Perbelanjaan mengurus pada 2020 berjumlah RM224.60 bilion dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM51.360 bilion, sementara perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 berjumlah RM38.02 bilion.
"Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM87.64 bilion dengan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada paras 6.2 peratus," demikian dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut laporan itu, wang tunai dalam bank pada 31 Disember 2020 yang berjumlah RM23.396 bilion terdiri daripada simpanan tetap kurang tiga bulan berjumlah RM14.078 bilion dan baki tunai di bank berjumlah RM9.31 bilion.
Wang tunai dalam bank telah meningkat sejumlah RM3.663 bilion atau 18.6 peratus berbanding tahun 2019 yang berjumlah RM19.72 bilion dan ini disebabkan penebusan sebahagian besar pegangan deposit bagi tempoh tiga hingga 12 bulan berjumlah RM3.433 bilion.
Sementara itu, wang tunai dalam perjalanan pada 31 Disember 2020 berjumlah RM2.64 bilion iaitu meningkat sejumlah RM1.870 bilion atau 242.7 peratus berbanding 2019 yang berjumlah RM770.75 juta.
Peningkatan itu disebabkan oleh terimaan hasil cukai pendapatan syarikat dan cukai barang dan perkhidmatan berjumlah RM1.782 bilion.
Pada 31 Disember 2020, sebanyak 83.1 peratus daripada pelaburan kerajaan terdiri daripada wang tunai dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Kumpulan Wang Amanah yang lain berjumlah RM33.29 bilion, manakala sejumlah RM6.77 bilion atau 16.9 peratus pula merupakan pelaburan daripada sumber lebihan Kumpulan Wang Disatukan.
Menurut LKAN, akaun hasil disatukan mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM0.475 bilion, dan jumlah ini menurun sejumlah RM0.597 bilion atau 55.7 peratus berbanding tahun 2019 yang berjumlah RM1.072 bilion.
Lebihan ini telah dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid ketika sidang media LKAN Tahun 2020 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar/ Bernama

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.

Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
![[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi [KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727275463_Penipuankontrak.jpg)
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.

KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.

'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.