LABUAN: Isu gangguan bekalan air dan elektrik yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini sedang giat ditangani, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata kerajaan menyedari cabaran dihadapi rakyat Labuan dan turut mengakui menerima pelbagai rungutan berkaitan gangguan bekalan air dan elektrik.
Mohd Zuki bagaimanapun menekankan bahawa perbincangan sedang giat dijalankan untuk mencari penyelesaian menyeluruh.
" ... dan penyelesaian (terutama mengenai gangguan bekalan air) telah dikenal pasti, namun tindakan-tindakan itu perlu masa dan kami harap penduduk Labuan boleh bersama kami dan bersabar," katanya yang dalam lawatan kerja sehari di sini.
Mohd Zuki Ali diberi taklimat disusuli perbincangan bersama Jabatan Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Stesen Janakuasa Palau-Patau bagi mencari penyelesaian terbaik melibatkan agensi kerajaan berkaitan di peringkat Persekutuan serta Sabah dan Labuan.
Mohd Zuki turut menekankan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani masalah yang dihadapi Labuan itu termasuk peruntukan tambahan lebih RM300 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani khusus bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air.
"Apa yang penting ialah melaksanakan arahan itu dan menggunakan belanjawan yang diperuntukkan secara berkesan. Ada faktor yang menyumbang kepada gangguan bekalan air termasuk paip lama berusia lebih 30 tahun," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri akan ke Labuan untuk meneliti sendiri isu itu.
Mohd Zuki berkata penting bagi pelbagai pihak berkepentingan untuk mencari penyelesaian berkekalan terhadap isu bekalan air dan kuasa dihadapi Labuan.
Belanjawan 2024 Malaysia Madani menyediakan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Mohd Zuki (empat, kiri) mendengar taklimat daripada Ketua Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) Trinil Indah Puspita Herry Sunjoto (dua, kanan) semasa membuat lawatan kerja di Terminal Tangki Simpanan BBAL, Pulau Enoe, Labuan, 17 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.

Agong berkenan terima menghadap KSN baharu
Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Persaraan ini hadiah istimewa sempena hari lahir saya - Mohd Zuki
Mohd Zuki sifatkan persaraannya sebagai Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam esok sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya.

Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Jawatankuasa Khas Tertinggi setuju kaji keberkesanan PPAM - Mohd Zuki
Jawatankuasa Khas Tertinggi Perumahan Penjawat Awam bersetuju agar satu kajian dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan skim itu.

PM Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki
Mohd Zuki yang akan bersara bermula Sabtu ini secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

Masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam, aktiviti sihat perlu dirancakkan - Mohd Zuki
Mohd Zuki berkata aktiviti itu perlu kerana masalah obesiti dalam kalangan rakyat melebihi 50 peratus dan kebanyakan melibatkan penjawat awam di Putrajaya.

Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.

Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.