KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Tanpa mendedahkan jumlah peruntukan itu, Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat khas pembangunan Negeri Kelantan semalam dan pam-pam berkenaan akan dibeli mengikut keperluan sebenar di negeri berkenaan.
"Kita akan usahakan pam-pam untuk para petani dan pesawah membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas berkenaan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, mengulas mengenai petani dan pesawah yang terjejas ekoran cuaca panas yang melanda negeri itu, Mohamad berkata mereka akan diberi bantuan namun bergantung kepada permohonan.
"Cuaca di Kelantan adalah luar biasa dan petani serta pesawah yang mengalami kerugian akan dibantu namun bergantung pada permohonan mereka," katanya.
Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilapor berkata cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga Julai depan.
Situasi berkenaan menyaksikan beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Mohamad berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat khas pembangunan Negeri Kelantan hari ini dan pam-pam berkenaan akan dibeli mengikut keperluan sebenar di negeri berkenaan. - Foto fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.

Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.

Kesesakan zon motosikal di ICQ akibat gangguan sistem M-Bike - JIM Malaysia
Kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks ICQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike.

MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai
MATRADE akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.

PM Anwar ajak peringati iktibar Israk Mikraj, perjuang kemerdekaan Palestin
Perdana Menteri menegaskan umat Islam harus mendokong usaha untuk memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat.

Banjir termenung di Perak kali ini luar biasa - Menteri Besar
Banjir yang melanda dua daerah di Perak, bukan banjir biasa seperti yang pernah berlaku sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Indeks Kebebasan Media Malaysia tingkat keyakinan pelabur asing - Fahmi
Laporan media tanpa berselindung antara kayu ukur pelabur asing sebelum mereka membuat keputusan meletakkan pelaburan.

Sotong kurita jarang ditemui dilihat di Australia
Penemuan itu disifatkan paling jarang berlaku dan dipercayai hanya tiga penemuan pernah dilakukan sebelum ini.

PKPD ke-7: Kawalan keselamatan luar biasa di Selayang Baru
Pihak polis juga memaklumkan, pengamal media tidak dibenarkan untuk berada di luar kawasan dan di sekitar kawasan PKPD ke-7 itu.