KUCHING: Sarawak dan Sabah kini mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), umum Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan kepada media, Zafrul memaklumkan Jemaah Menteri pada 30 September lalu telah meluluskan cadangan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 1995 [Akta 533] supaya diperuntukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Sabah dan seorang wakil Kerajaan Negeri Sarawak dalam keanggotaan lembaga pengarah LHDNM.
“ Cadangan pindaan ini seterusnya akan dibentangkan ke Parlimen untuk kelulusan.
Katanya, kerajaan pada 1 September 2022 telahpun melantik calon Kerajaan Negeri Sabah ke Lembaga Pengarah LHDNM yang mengisi kekosongan ahli professional.
“ Namun, cadangan pindaan yang dipersetujui Jemaah Menteri akan menginstitusikan wakil daripada Sabah dan Sarawak di dalam lembaga pengarah LHDNM, di samping membolehkan pelantikan wakil dalam kalangan penjawat awam Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Pindaan Akta 533 jelasnya, merupakan tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menyusuli permohonan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang dipersetujui semasa Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Kerajaan katanya, percaya pelantikan wakil-wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan mengalu-alukan sumbangan idea dan kepakaran dari wakil Kerajaan Negeri berkaitan pentadbiran percukaian.
Rudi Affendi Khalik
Thu Oct 06 2022

Jelas Tengku Zafrul kerajaan percaya pelantikan wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963. - Foto Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Kerajaan Persekutuan terima pelantikan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah LHDNM
Jemaah Menteri 30 September meluluskan cadangan pindaan Akta LHDNM 1995 [Akta 533] supaya diperuntukkan seorang wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan lembaga pengarah LHDNM.

LHDN nafi 4 juta data bocor diperoleh daripada laman rasminya
LHDNM merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem tersebut tersebut yang berada di bawah seliaan JPN.

Kaunter perkhidmatan percukaian LHDNM beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai
LHDNM ingin memaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan percukaian di pejabat Cawangan, Pusat Satelit dan PKH akan beroperasi secara janji temu mulai 1 Julai 2021.

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.

LHDNM lancar MyTax, permudah akses maklumat berkaitan cukai
LHDNM melancarkan MyTax yang merupakan pusat gerbang maklumat dan 'one stop centre' bagi pembayar cukai.

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu individu, PKS terjejas - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz menerusi satu kenyataan pada Khamis, berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang telah menjejaskan golongan tersebut.

Buat pengakuan cukai sekarang, elak bayar penalti sehingga 300 peratus
Selepas 1 Julai 2019, pembayar cukai yang dikesan tidak patuh dalam pengisytiharan cukai pendapatan boleh dikenakan penalti antara 80% hingga 300 peratus.

Cukai korporat tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat - Lim Guan Eng
Cukai korporat itu berpotensi dikurangkan jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.

Cukai: Manfaatkan program khas pengakuan sukarela - Lim Guan Eng
Selepas tempoh pengakuan sukarela tamat, mereka boleh dikenakan penalti yang lebih tinggi antara 80 peratus hingga 300 peratus.

LHDN sahkan mohon sekolah antarabangsa kemuka maklumat ibu bapa pelajar
Kandungan surat itu adalah bagi meminta pengurusan sekolah-sekolah itu untuk mengemukakan maklumat yang relevan berkaitan ibu bapa pelajar sekolah-sekolah itu kepada LHDNM.