Kerajaan sedang mempertimbang untuk membenarkan kaedah usaha sama antara kontraktor Bumiputera Sabah dengan syarikat luar sama ada dari Semenanjung atau Sarawak dalam pemberian tender dan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini berikutan terdapat kekurangan kontraktor Bumiputera Sabah Tier 1 yang berpengalaman luas untuk mengendalikan projek pembinaan lebuh raya.
Beliau berkata sebanyak 35 syarikat atau kontraktor diperlukan bagi mengisi kesemua 35 pakej di bawah projek lebuh raya itu, namun, setakat ini hanya kira-kira 14 syarikat sahaja di Sabah yang dikenal pasti mempunyai kelayakan.
"Antara kaedah dikenal pasti dan sedang dalam penilaian ialah membenarkan usaha sama dengan syarikat luar (sama ada dari Semenanjung atau Sarawak) bagi membantu kemampuan sumber kewangan dan pengalaman kontraktor tempatan sekali gus memastikan projek lebuh raya ini berjalan seperti dirancang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat peluang pakej kerja dan pembiayaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, yang turut dihadiri timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, di sini hari ini.
Fadillah berkata kebanyakan kontraktor Bumiputera Sabah yang ada ketika ini tidak menepati syarat ditetapkan memandangkan untuk dilantik sebagai kontraktor utama mereka akan dinilai dari segi teknikal, pengalaman dan jentera selain mempunyai sumber kewangan sekurang-kurangnya RM100 juta.
"Menerusi kaedah usaha sama itu, hanya 30 peratus syarikat luar (Semenanjung atau Sarawak) dibenarkan bekerjasama dengan kontraktor Sabah. Kontraktor Sabah akan mengetuai projek tetapi perlu mencari rakan kongsi bagi melaksanakannya kerana mengikut syarat ditetapkan tidak ramai layak (mendapat tender)," katanya.
Fadillah juga berkata terdapat kemungkinan 35 pakej yang disediakan menerusi projek lebuh raya itu akan dikecilkan dan digabungkan supaya kontraktor Bumiputera Sabah yang dilantik mempunyai keupayaan melaksanakan pakej tersebut.
Katanya kementeriannya akan berusaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk memastikan kontraktor dan pembekal bahan binaan di Sabah turut bersama-sama merasai nikmati pembangunan menerusi pembinaan projek lebuh raya itu.
Setakat ini, Fadillah berkata sebahagian daripada 35 pakej lebuh raya itu sedang dilaksanakan, antara lain membabitkan pembinaan jalan Papar-Donggongon; Tawau-Semporna; dan jajaran Pintasan Lahad Datu.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, kementeriannya akan mengendalikan 36 projek di Sabah menerusi Bajet Pembangunan bagi Rancangan Boleh Pinda 2, Rancangan Malaysia Ke-11 (2017-2018) yang terdiri daripada 10 projek baharu dan 26 projek sambungan bernilai RM3.881 bilion.
Projek-projek tersebut terdiri daripada kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf jalan serta kerja-kerja pembaikan cerun, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017

Projek Lebuh Raya Pan Borneo Lok Kawi-Donggongon Penampang yang masih dalam pembinaan sudah mula dibuka untuk kegunaan kenderaan awam, hari ini. - Foto Bernama

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.