PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan Bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi yang akan dikendalikan oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata dana tersebut bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Feb, iaitu untuk mewujudkan sebuah Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.
"Kita mampu mencipta lebih banyak syarikat usahawan Bumiputera yang berjaya seperti Aerodyne yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron.
"Kita juga harus berbangga dengan kejayaan Les Copaque dan Animonsta yang mengungguli industri karya kreatif. Begitu juga dengan kejayaan ramai usahawan muda yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi digital baharu untuk berniaga seperti saudara Khairul Aming," kata beliau dalam ucapan khas pada majlis penutup KEB 2024, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan penubuhan Tabung Wakaf MARA MADANI dengan geran peluncuran berjumlah RM100 juta yang menyasarkan dana terkumpul berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk menjadi penaung kepada sistem wakaf itu dan prestasi inisiatif tersebut akan dilaporkan secara berkala kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Menurut Anwar, sistem wakaf itu akan diteraju Majlis Amanah Raya (MARA) dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran MARA selari dengan hasrat penubuhan agensi itu.
"Wakaf MARA MADANI akan memberi manfaat kepada 70.1 peratus rakyat Bumiputera dan memastikan keterjaminan pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pengangkutan yang semakin mencabar di alaf baru ini.
"Kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham seperti Wakaf ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd) dan Waqaf An-Nur di bawah Johor Corp," kata beliau.
Bagi memanfaatkan tanah wakaf terbiar, Perdana Menteri berkata Belanjawan MADANI 2024 juga telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM500 juta sebagai galakan untuk membangunkan tanah wakaf agar dapat menjana pendapatan mampan dan menyediakan rumah mampu milik.
Anwar juga berkata kerajaan akan mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro bumiputera sehingga RM1 bilion melalui institusi kewangan pembangunan seperti BSN, Agrobank, dan TEKUN Nasional.
Dana itu bertujuan menyediakan sokongan kepada pelbagai segmen usahawan bumiputera termasuk golongan wanita, belia, veteran tentera, penjaja, pekerja gig dan pengusaha food truck (trak makanan).
Mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata seramai 100,000 pelatih bumiputera akan dilahirkan dengan sasaran gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Menurut beliau, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan GLIC serta syarikat swasta termasuk yang dimiliki kaum Cina dan India akan turut terlibat dalam inisiatif itu untuk melatih pelatih TVET yang majoritinya adalah bumiputera.
"Dalam jangka pendek, kita mahu sumbangan dan penyertaan syarikat ini termasuk syarikat di bawah Gabungan Dewan Perniagaan Cina dan India... sekarang yang terlibat secara aktif adalah Petronas, Sime Darby, MRCB, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia," kata beliau.
Anwar juga berkata kerajaan akan menambah baik insentif cukai serta menyediakan tabung geran padanan sebanyak RM100 juta bagi mendukung pembangunan vendor tempatan.
Ini bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta melaksanakan program pembangunan vendor seperti penyediaan program latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang baharu khususnya pendigitalan, peralihan tenaga dan teknologi.
Sementara itu beliau berkata bagi memartabat dan menyokong hasil seni para pengusaha tempatan, bermula hari ini semua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat GLC hanya dibenarkan membeli sebagai cenderahati hasil seni yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.
"Lebih-lebih lagi menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, semua pihak harus membantu dan merancakkan lagi penghasilan produk kraf tangan tempatan agar nanti dapat dipamerkan keunikan dan ketulenan hasil kraf dari setiap negeri," kata beliau.
Anwar berkata perkara tersebut merupakan antara lapan keputusan penting yang diambil kerajaan bagi mengangkat martabat dan darjat golongan bumiputera di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan beliau bagi memastikan setiap langkah yang diputuskan diurus dengan baik dengan tatakelola berkesan.
KEB 2024, yang berlangsung selama tiga hari dari 29 Feb hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya melibatkan pembentangan hasil dapatan daripada sesi libat urus meliputi 10 kumpulan.
Kumpulan tersebut merangkumi reformasi pendidikan dan modal insan; pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pilihan kerjaya utama, pengukuhan industri Halal, pembangunan desa dan pemerkasaan masyarakat Orang Asli; penciptaan kekayaan dan penguasaan korporat; daya saing perusahaan bumiputera; penguasaan teknologi baharu; Felda dan tanah wilayah; sosioekonomi bumiputera Sabah serta sosioekonomi bumiputera Sarawak.
--BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan khas pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan

Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.

Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat
Jakim sentiasa menggalakkan pemain industri dalam kalangan Bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.

Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif, progresif tingkatkan kemahiran - Abdul Latiff
Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif dan progresif dalam meningkatkan kemahiran perniagaan dan industri masing-masing.

90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis - DPMM
Abd Halim Husin, berkata semua usahawan terbabit terjejas teruk sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.

UDA peruntuk insentif RM10 juta bantu penyewa terkesan COVID-19
UDA Holdings Berhad (UDA) memperuntukkan insentif sebanyak RM10 juta bagi membantu kira-kira 1,500 usahawan bumiputera yang menyewa dan berniaga di premis pusat beli-belah seliaanya.

Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan membantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor yang diceburi mereka, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri
Penerokaan aktif dalam industri berkenaan boleh membangunkan usahawan dan modal insan hingga ke taraf dunia.