KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu bagi meringankan beban pekebun kecil dalam menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah ketika ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sebanyak 311,596 permohonan telah diterima daripada jumlah sasaran penerima yang ditetapkan iaitu 318,750 individu melibatkan tiga agensi yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran itu.
"Daripada jumlah itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah menerima sebanyak 230,735 permohonan manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing menerima 69,077 dan 11,784 permohonan.
"Bagi fasa penyaluran bantuan, setakat ini ketiga-tiga agensi sudah mencapai prestasi bayaran RM140,829,600 iaitu pekebun kecil dan penoreh getah Risda sebanyak RM76,140,800, LIGS RM55,261,600 dan Felda (RM9,427,200)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata setakat bulan ini, sebanyak 271,213 permohonan telah diluluskan dan pemohon telah menerima bayaran sebanyak RM200 bagi November dan Disember tahun ini.
Beliau berkata baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada Januari dan Februari 2024 menjadikan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM800.
Timbalan Perdana Menteri berkata kelayakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui Risda adalah pekebun kecil dan penoreh yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah tidak melebihi 2.5 hektar.
Ahmad Zahid berkata penyediaan BMT adalah untuk memastikan sokongan berterusan daripada kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh untuk terus bergiat dalam aktiviti perladangan getah dan menjana kemakmuran yang berpanjangan dalam sektor pertanian.
"Kerajaan berharap usaha itu memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi serta membawa peningkatan kualiti kehidupan pekebun kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Penyediaan BMT adalah untuk memastikan sokongan berterusan daripada kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh untuk terus bergiat dalam aktiviti perladangan getah. - Gambar fail/Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

KKDW sedia rumah baharu, baik pulih kediaman di desa terjejas banjir - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan desa yang terjejas akibat banjir kali ini.

Pihak berwajib diharap atasi masalah jalan rosak di Pos Gob sebelum musim tengkujuh
Tindakan segera perlu diambil kerana laluan itu merupakan jalan perhubungan untuk kanak-kanak ke sekolah dan membawa pesakit bagi kes kecemasan.

PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.

Purata pendapatan pekebun kecil RISDA meningkat 40 peratus setakat Mei
Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas.

Zainal Azni dilantik Ketua Pengarah RISDA ke-17
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan pelantikan Zainal Azni Zulkifli sebagai Ketua Pengarah RISDA yang ke-17.

Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.

RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.

Zahid arah penubuhan jawatankuasa pantau pelaksanaan 62 program KKDW
Penubuhan jawatankuasa itu akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.