SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak pihak berkuasa dan kerajaan melakukan siasatan terperinci berkenaan isu tular seorang menteri yang didakwa membuat 'kecoh' serta menceroboh dewan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs kesal sekiranya perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa kerana ia melibatkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam.
"Sebagai individu yang bertaraf menteri, adalah tidak wajar perkara tersebut dilakukan. Semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas.
"Tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sinar Harian terdahulu melaporkan suasana di balai ketibaan KLIA pada Khamis kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen pada Khamis.
Menurut sumber, pelawat warga China itu ditahan oleh pihak berkuasa sebaik sahaja tiba masuk ke negara ini.
Tindakan itu didakwa dilakukan hanya kerana mahu menyelamatkan pelancong asing yang ditahan ketika mahu memasuki negara.
Adnan menegaskan, sekiranya berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, menteri berkenaan boleh memberikan bantuan mengikut prosedur atau mendapatkan maklumat lebih jelas dahulu daripada pihak berkuasa di lapangan terbang.
Justeru, katanya, Cuepacs berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang.
"Tiada individu yang lebih besar daripada undang-undang negara dan jika berlakunya pelanggaran undang-undang dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.
"Cuepacs tidak mahu tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam bagi menjaga kedaulatan negara diganggu hanya kerana kepentingan peribadi pihak tertentu. Setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undang sedia ada," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 30 2023

Cuepacs berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Dakwaan rasuah di KLIA: PM beri jaminan siasatan rapi akan dijalankan
Tindakan juga akan diambil kepada pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelancaran operasi di lapangan terbang tersebut.

MCW gesa menteri beri bukti dakwaan wujud rasuah, salah guna kuasa di KLIA
MCW menggesa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing membuktikan dakwaannya berhubung wujud budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang kronik segelintir pegawai Imigresen.

'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.

SPRM siasat dakwaan menteri mengenai budaya rasuah di KLIA
SPRM akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan budaya rasuah membabitkan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Imigresen siasat dakwaan menteri cetus kekecohan di KLIA
Jabatan Imigresen telah memulakan siasatan susulan dakwaan berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan seorang menteri pada Khamis.

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA
Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan seorang menteri yang didakwa membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs
Cuepacs berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang.

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony
Anthony Loke Siew Fook belum menerima sebarang laporan berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam.

Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA
Seorang individu dipercayai menteri dikatakan cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen di KLIA pada Khamis.