Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga.
Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kementeriannya menegaskan lagi bahawa ia komited dalam membuat penilaian adil terhadap cadangan jambatan ketiga itu, untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.
"Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat," kata beliau.
Beliau menambah satu daripada dokumen utama yang dikehendaki ialah kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bernilai RM305 juta yang hampir siap yang telah ditauliahkan dan dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong bawah laut dan hubungan jalan raya berkaitan.
Fadillah berkata dua bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa kajian berkenaan yang berkaitan dengan tiga jalan raya berhubungan telah siap 100 peratus sementara kajian kebolehlaksanaan bagi terowong itu sendiri siap 83 peratus.
"Seperti dinyatakan terdahulu, memperkenalkan link ketiga boleh mengubah dinamik aliran lalu lintas dalam sistem jalan raya Persekutuan dan negeri. Oleh itu kesan aliran penyuraian lalu lintas mestilah dikaji secara terperinci dan dikemukakan sebagai bahagian daripada proses.
"Kita tidak mahu memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak di pulau itu," kata beliau.
Beliau berkata kajian selanjutnya diperlukan bagi menentukan impak jambatan ketiga terhadap operasi perkapalan dan pesawat penerbangan dengan jajaran yang dicadangkan sekarang.
Fadillah menegaskan kementeriannya berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang secara profesional demi menentukan kebolehlaksanaan dan penetapan masa link ketiga yang dicadangkan ke tanah besar.
Pada 16 Jun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan yang beliau akan memohon pertemuan dengan Menteri Kerja Raya bagi membincangkan projek jambatan ketiga itu.
Jambatan itu yang akan menghubungkan Pesiaran Gurney di Pulau Pinang dengan Bagan Ajam di tanah besar dianggarkan menelan kos RM1.8 bilion.
Bernama
Wed Jul 13 2016

Jambatan ketiga Pulau Pinang dirancang untuk menghubungkan Pesiaran Gurney dengan Bagan Ajam di tanah besar. - Gambar hiasan

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.