KUALA LUMPUR: Persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan dua pemegang taruh utama negara iaitu kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan impak fenomena itu.
Pakar alam sekitar, Prof Madya Haliza Abdul Rahman berkata, walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena tersebut, persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.
Beliau berkata, berdasarkan rekod setakat 2015, El Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian yang paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 apabila catatan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
"Justeru, persediaan kerajaan adalah memantau semua aras air sungai dan empangan, mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan, meneroka sumber air alternatif, menggalakkan orang ramai dan industri menjimatkan penggunaan air, serta melakukan penghasilan awan dan menyediakan sokongan logistik.
"Seterusnya mempertingkatkan segala bentuk bantuan perubatan dan kecemasan seperti ubat-ubatan untuk mangsa selain alat bantuan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama.
Untuk rakyat pula, Haliza berkata, persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia.
"Setiap dari kita harus mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan-bahan mudah terbakar perlu disimpan dengan baik manakala aktiviti pembakaran terbuka seperti membakar sampah, sisa pertanian dan sisa pembinaan perlu dielakkan.
"Ini bagi menghindarkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menyebabkan jerebu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut," katanya.
Semalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.
Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.
Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran, Prof Juliana Jalaludin berkata, bagi mengelakkan berlakunya strok haba ketika fenomena ini, selain banyak minum air, rakyat dinasihatkan untuk memakai pakaian berwarna terang dan ringan serta mengelakkan aktiviti fizikal.
"Selain itu, sentiasa menggunakan pelindung matahari seperti memakai pelindung matahari spektrum luas dengan SPF (Faktor Perlindungan Matahari) 15 atau lebih jika berada di luar rumah kerana selaran matahari menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri," katanya.
Beliau juga berkata, rakyat tidak digalakkan meninggalkan sesiapapun di dalam kenderaan yang tidak bergerak kerana suhu dalaman boleh meningkat lebih daripada 11 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada di bawah matahari.
Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata, fenomena El Nino akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, serta penyakit bawaan air dan makanan seperti tifoid dan penyakit saluran pernafasan.
Katanya, antara persiapan yang boleh dilakukan rakyat bagi menjaga kesihatan masing-masing adalah menyimpan air serta makanan yang sihat dan mencukupi selain memperbanyakkan berteduh di kawasan seperti pokok dan bumbung jika keluar dari rumah.
Dr Zainal Ariffin turut menyarankan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan bekalan air awam yang cukup dan cekap, bekalan makanan segar dan murah mudah didapati dan memberi amaran awal kepada rakyat semasa melalui fenomena tersebut. - BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Persediaan awal bagi menghadapi fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku Jun ini perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan dua pemegang taruh utama negara iaitu kerajaan dan rakyat untuk meminimumkan impak fenomena itu. - Gambar fail BERNAMA
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.
Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.
Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.